Menu Daging Bakar Harimau Menangis antara salah satu menu yang digemari ramai dan wajib cuba. Alang-alang Raya Haji bakal tiba tak lama lagi, kalian boleh cuba resipi ini nanti.
Cara-caranya mudah saja. Cicah pula dengan sos ala Thai, memang sedap sungguh! Jom kita cuba buat nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Lina Thomas di bawah.
Baca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!
RESIPI DAGING HARIMAU MENANGIS & SOS ALA THAI
Bahan untuk Perapan Daging:
- 500g (2 keping) daging (Ribeye) bahagian yang ada lemak
- 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
- 1 sudu besar kecil garam
- 4 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar kicap manis
- 4 sudu besar brown sugar
Cara-cara buat Perapan Daging:
- Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perap.
- Kalau ikut tuan punya resepi, dia perap selama 4 hingga 5 jam tapi ibu perap dari malam sebelumnya.
- Kemudian salai diatas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam oven. Paling mudah guna Periuk Pemanggang Ajaib je.
Bahan untuk membuat Sos Ala Thai:
- 6 ulas bawang putih ditumbuk
- 10 biji cili api ditumbuk
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan nampla
- 3 sudu brown sugar
- 1 bawang merah hiris nipis
- 2 biji cili api dihiris
- 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
- Sedikit daun ketumbar dihiris halus
Cara-cara membuat Sos Ala Thai:
- Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaiakan kesemua rasa dengan selera anda.
- Selamat mencuba.
Kredit: Lina Thomas