Categories: Resipi

Cara Buat Cucur Tempe Pedas, Orang Yang Tak Suka Tempe Pun Cakap Sedap!

Minum petang paling bahagia jika dapat makan cucur rangup dan sedap. Buat pengetahuan anda, ada cara buat cucur dengan menggunakan tempe tau.

Tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara. Walaupun sering dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan.

Rasa tempe lebih kuat dan mempunyai tekstur yang lebih keras berbanding tauhu, tapi tak ramai yang suka makan tempe begitu saja.

Oleh itu, kami kongsikan cara buat Cucur Tempe Pedas yang diajar oleh zam.akmal melalui video di Instagram. Jom cuba!

Baca juga: Senarai Kuih Goreng Untuk Menu Minum Petang, Ramai Kata Sedap!

CARA BUAT CUCUR TEMPE PEDAS

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Tumbuk tempe secara kasar, tak perlu terlalu halus.

2. Campurkan tempe bersama bahan lain iaitu sedikit garam, biji ketumbar yang telah ditumbuk halus, sebiji telur dahulu, bawang besar, lobak merah, daun bawang dan daun limau purut.

3. Gaul sedikit kemudian masukkan sebiji telur lagi bersama tepung beras dan crispy chilli Anchovy untuk rasa lebih pedas.

4. Kemudian, gaulkan semuanya sehingga sebati dan boleh mula menggoreng.

5. Ratakan sedikit adunan sebelum menggoreng supaya bentuknya seperti segi empat, terpulang jika nak tebal atau tak, kemudian goreng sehingga garing dan toskan. Siap untuk dihidang!

Cara buat Cucur Tempe Pedas ini sesuai buat mereka yang tak berapa sukakan tempe dan kesedapannya pasti membuatkan anda sekeluarga makan sampai berulang kali.

Jika anda mempunyai banyak lebihan tempe di rumah, bolehlah buat Cucur Tempe Pedas ini sebagai hidangan sarapan atau minum petang buat seisi keluarga.

Senang cerita, orang yang tak suka makan tempe pun boleh jatuh cinta dengan Cucur Tempe Pedas ini.

Selamat mencuba!

Sumber: zam.akmal

Baca juga: Cucur Tauhu Anti Gagal, Makan Dengan Sambal Kicap Lebih Padu!

Aimi

Recent Posts

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago