Biasanya cucur akan diberi nama dengan apa bahan yang dimasukkan dalam adunan. Sebagai contoh untuk membuat cucur jagung, perlu ada jagung untuk dimasukkan ke dalam adunan.
Pasti ramai yang tak pernah rasa cucur jagung ni kan? Rasa dia tersangatlah sedap, lagi-lagi bila cicah dengan sos cili.
Boleh cuba buat nanti untuk minum petang dengan menggunakan resipi yang telah dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di bawah. Selamat mencuba!
1. Masukkan tepung gandum (agak-agak kuantiti sesuai dengan bahan lain), isi jagung, bawang besar dihiris, udang, serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis sedikit dan cili kisar. Gaul sebati.
2. Masukkan juga telur sebiji. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit (biar senang nak kaup guna tangan).
4. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api sederha. Sedap dicicah dengan sos cili.
Selamat mencuba!
Kredit: Ana Mariana Ismail
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…