
Pasti ada ibu bapa yang sedang tercari-cari menu sesuai untuk anak bawa ke jamuan akhir tahun. Cornflakes madu antara pilihan yang laku keras kerana ia mudah disediakan dan boleh dibuat dalam kuantiti banyak tanpa membebankan.
Cornflakes madu boleh dipek dalam bekas kecil yang bertutup, jadi pelajar mudah membawanya balik jika tidak sempat makan di sekolah. Kudapan kecil ini pasti menjadi kegemaran ramai!
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Cheesekut Mini Untuk Jamuan, Confirm Licin Tak Tinggal Jejak
CARA BUAT CORNFLAKES MADU GUNA 4 BAHAN

Bahan-bahan:
- Cornflakes 500g
- Buttercup 250g
- Gula pasir 6 sudu besar
- Madu 6 sudu besar
Cara-cara memasak:
- Cairkan buttercup dengan api sederhana kecil.
- Bila butter cair, masukkan gula pasir dan kacau hingga larut. Jangan gunakan api besar nanti gula hangus.
- Setelah gula larut, masukkan madu dan kacau perlahan. Pada tahap ini campuran akan berbuih.
- Masukkan cornflakes dan gaul rata. Matikan api.
- Cepat-cepat masukkan ke dalam cawan mengikut saiz yang disukai.
- Bakar dalam oven dengan api atas dan bawah pada suhu 180°C selama 3–4 minit. Jangan bakar lama-lama nanti pahit. Sesuaikan masa dan suhu mengikut oven masing-masing.
Nota: Bekas yang digunakan bersaiz 11 cm x 3 cm. Dengan 500g cornflakes, boleh dapat kira-kira 25 cawan, dengan berat purata 45g setiap satu.
Sumber: Ep Rafizah Nordin
Baca juga: Resipi Puding Karamel Mini Tanpa Telur, Saiz Kecil Comel Sesuai Untuk Jamuan Sekolah Anak
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














