Categories: Resipi

Cara Buat Colek Malas Khairul Aming, Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Dengan Kuah Thai Pekat

Cara buat colek malas ini jadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh Khairul Aming di TikTok. Resipi ringkas ini menggabungkan jemput-jemput ikan bilis rangup dan gebu bersama kuah colek Thai yang masam, manis dan pedas, menjadikannya sarapan atau minum petang yang mudah tetapi sangat memikat selera.

Apa yang menarik, adunan jemput-jemput menggunakan yis, menjadikan teksturnya lembut dan tidak liat walaupun digoreng rangup. Kuah pula dimasak sekejap sahaja, tetapi rasanya cukup seimbang dan melekat cantik pada jemput-jemput. Tak hairanlah ramai yang cuba versi ini di rumah.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Hasil Dari Resepi Ayam Goreng Bawang Khairul Aming, Rangup Dan Juicy!

CARA BUAT COLEK MALAS KHAIRUL AMING

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 ¼ cawan air suam
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu besar yis
  • Daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng secukupnya
  • Ikan bilis goreng secukupnya

Bahan-bahan kuah:

  • 1 cawan sos cili Thai
  • 3 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Air bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • ½ biji limau nipis
  • Bijan (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan tepung gandum, air suam, garam dan yis ke dalam mangkuk.

2. Gaul hingga sebati, kemudian perap selama 15–20 minit supaya adunan naik dan gebu.

3. Masukkan daun sup, bawang goreng dan ikan bilis goreng.

4. Gaul perlahan supaya adunan tidak jatuh.

5. Panaskan minyak dan goreng adunan hingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan.

Cara-cara penyediaan kuah:

1. Kisar cili padi dan bawang putih hingga hancur.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sos cili Thai, air, gula melaka, kicap, sos ikan, garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih dan sebati.

3. Masukkan air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat.

4. Tutup api, kemudian masukkan perahan limau nipis dan taburkan bijan jika suka.

Cara-cara hidang:

Susun jemput-jemput ikan bilis di atas pinggan, kemudian tuangkan kuah colek malas terus di atasnya. Hidangkan panas-panas untuk rasa terbaik.

Tips Penting Supaya Colek Malas Jadi Sedap

  • Gunakan air suam supaya yis aktif dengan baik
  • Jangan perap terlalu lama, cukup sekadar adunan naik
  • Kuah jangan terlalu cair supaya melekat pada jemput-jemput
  • Boleh tambah cili padi jika suka lebih pedas

Cara buat colek malas ini memang sesuai untuk minum petang, jamuan ringkas atau bila nak snek cepat tapi puas hati. Resepi mudah, rasa padu dan confirm habis sepinggan.

Selamat mencuba!

Sumber: khairulaming

Baca juga: Wanita Kongsi Resepi Kek Batik Khairul Aming, Tapi Sentuhannya Macam Kain Batik Asli!

Aimi

Recent Posts

Teringin Kai See Hor Fun Ipoh? Ini Resipi Buat Kuah Sup Jernih Dengan Rasa Udang Yang Padu!

Kai See Hor Fun merupakan hidangan mi berkuah yang cukup popular di Ipoh, Perak. Hidangan…

50 minutes ago

Tak Perlu Makan Di Kedai, Ini Resipi Nasi Khao Mok Thai Lengkap Dengan Ayam & Sosnya

Resepi nasi khao mok thai merupakan antara hidangan yang menarik untuk dicuba bagi penggemar masakan…

50 minutes ago

Kuah Rojak Utara Pekat Dan Sedap, Ini Resipi Asli Tanpa Sos Cili Dan Bancuhan Tepung!

Rindu nak makan rojak dengan kuah yang pekat, manis, pedas dan cukup rasa? Rupanya, kuah…

2 hours ago

Rendang Ayam Cara Kampung, Tak Payah Tunggu Raya Baru Nak Makan!

Rendang ayam antara hidangan tradisional yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dimasak dengan kuah…

2 hours ago

Tak Perlu Risau Lagi.. Gardenia Tampil Beri Penjelasan Isu Tular, Ujian Makmal Sahkan Produk Patuhi Piawaian

Gardenia Bakers (KL) Sdn Bhd tampil mengeluarkan kenyataan terbaharu susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru…

3 hours ago

Rahsia Buat Bihun Singapore Sedap Rupanya Tumis Udang Kering Macam Ini, Wangi Semerbak!

Cara buat bihun Singapore ini sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan bihun goreng dengan rasa…

4 hours ago