cara buat cili jeruk

Jom belajar cara buat cili jeruk sendiri di rumah. Kalau makan mi, nasi atau kuetiau goreng, memang tak sah kalau tidak dinikmati bersama cili jeruk ini.

Bukan itu saja, ia merupakan hidangan sampingan yang boleh menaikkan selera jika dimakan dengan sesuatu makanan. Makanan tawar pun auto jadi sedap tau!

Oleh itu, jom ikuti perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah jika ada yang mahu belajar buat cili jeruk secara homemade. Resipi ini juga cukup mudah kerana tidak perlu dimasak. Peram sehari sahaja dah boleh dimakan.

Baca juga: Cara Buat Jeruk Rambutan, Warisan Nenek Moyang Yang Sudah Makin Dilupakan

CARA BUAT CILI JERUK

Bahan-bahan:

  • 20 biji cili hijau
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • Cuka secukupnya anggaran setengah sahaja dari cili tak perlu banyak

Cara-cara:

1. Cuci lada dan lap air untuk tahan lama sebab kuah tak perlu masak.

2. Potong cili mengikut saiz yang disukai. Masukkan dalam bakul dan goncang untuk keluarkan biji. Jika biji ada sikit-sikit tak mengapa.

cara buat cili jeruk

3. Satukan semua bahan-bahan di atas, kacau sebati dan peram dalam bekas kaca yang sudah dibasuh dan dilap hingga kering. Siap.

4. Keesokan harinya, sudah boleh dimakan dan boleh bertahan selama berbulan-bukan jika simpan di dalam peti sejuk.

cara buat cili jeruk

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Jeruk Betik Yang Bikin Ketagih, Sekejap Je Habis Makan Sebalang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN