Categories: InformasiResipi

Cara Buat Chinese Congee, Enak Dimakan Bersama Ayam Kukus Halia & Cakoi

Chinese Congee atau Bubur Cina perkongsian saudari Noraini Noor Mohamed ni nampak sangat sedap dan membuka selera.

Berbeza dengan Bubur Nasi biasa, bubur nasi ini dihidangkan bersama Ayam Kukus Halia & Youtiao (Cakoi).

Daebak, Unik kan? Jom cuba. Korang mesti akan sukakannya.

Baca juga: Cara Buat Bubur Ayam Tersedap Yang Paling Mudah & Jimat

Resipi Chinese Congee

Bahan Minyak Bawang Putih (Garlic Oil):

5 ulas bawang putih
Minyak masak secukupnya

Cara-caranya:

1.Cincang halus bawang putih.
2. Panaskan minyak masak dan goreng guna api yang kecil sehingga keperangan.
3. Bau semerbak harum. Minyak bawang ni akan digunakan untuk Bubur Nasi & Ayam Kukus Halia.

Bahan Ayam Kukus Halia:

Ayam secukupnya – potong kecil
Halia – tumbuk/sagat
Kicap cair
Minyak bijan
Lada sulah
2 sudu makan minyak bawang putih

Cara-caranya:

1.Gaul rata ayam yang sudah dipotong kecil bersama halia tumbuk/sagat, kicap cair, minyak bijan dan lada sulah. Perap selama 30 minit.
2. Selepas 30 minit ayam diperap, letakkan minyak bawang putih di atas perapan.
3. Kukus ayam sehingga 20 minit. Siap.

Bahan Bubur Nasi:

1 cawan beras
8 cawan air
Ayam bahagian tulang
Halia – dihiris
Lada sulah
Garam secukup rasa
Stok ayam
2 sudu makan minyak bawang putih

Cara-caranya:

1. Basuh bersih beras. Masukkan ayam bahagian tulang, halia yang dihiris, lada sulah, garam secukup rasa, stok ayam dan minyak bawang putih.
2. Masukkan air ke dalam periuk. Gaul rata. Sukatan air adalah 1 cawan beras akan guna 8 cawan air.
3. Masak hingga bubur sedia. (boleh guna pressure cooker, pilih congee-seal)
4. Kalau masak bubur guna periuk nasi elektrik atau masak di atas dapur. Boleh masak bubur macam biasa.
5. Setelah siap bubur dan Ayam Kukus Halia, hiaskan dengan daun bawang & Cakoi.
6. Bubur dimakan bersama Ayam Kukus Halia. Tuang sedikit minyak bawang putih di atas bubur untuk tambah aroma & kesedapan pada bubur.

Nota: Cakoi tu empunya resipi beli cakoi yang sudah siap.

Selamat mencuba!


Sumber: Noraini Noor Mohamed
Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago