Cara buat cheese indulgence ini sebenarnya sangat mudah dan ringkas, sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba. Bagi peminat pencuci mulut, resipi ini memang wajib dibuat!
Pencuci mulut ini mempunyai tiga lapisan. Lapisan pertama adalah krim cheese tanpa perisa, diikuti dengan lapisan krim cheese coklat dan diakhiri dengan topping coklat hazelnut.
Setiap lapisan pasti memberikan rasa lembut dan berkrim yang memikat. Jadi, siapa yang ingin mencubanya boleh lihat resipi penuh di bawah.
Baca juga: Cara Buat Puding Kastard Jagung, Lebihkan ‘Bahan Ini’ Kalau Nak Lagi Lemak
CARA BUAT CHEESE INDULGENCE DESSERT
Bahan-bahan:
- 1 kg cream cheese
- ½ cawan gula aising
- 2 ½ cawan whipping cream
- ½ cawan susu full cream
- 1 sudu gelatin (yang telah dilarutkan dalam sedikit air panas)
- 1 cawan emulco coklat
- 4 sudu besar emulco coklat
- 4 sudu besar hazelnut spread
- Bekas dadih panjang
- Minyak jagung (untuk mencairkan hazelnut spread)
Cara-cara:
- Satukkan 1 kg cream cheese dan ½ cawan gula aising. Gunakan mixer dengan mata sauh untuk mengadun sehingga halus dan lembut.
- Setelah itu, tukar mata mixer kepada mata sanggul. Tambahkan 2 ½ cawan whipping cream, ½ cawan susu full cream dan 1 sudu gelatin yang telah dilarutkan dalam sedikit air panas. Pukul sehingga semua bahan sebati dan mengembang.
- Bahagikan campuran cream cheese kepada 2 bahagian. Pada satu bahagian, tambahkan 1 cawan emulco coklat, 4 sudu besar emulco coklat dan 4 sudu besar hazelnut spread. Kacau hingga semua bahan sebati.
- Untuk bahagian yang kedua, biarkan ia plain tanpa tambahan perisa.
- Ambil bekas dadih panjang dan mula menyusun campuran secara lapisan. Mulakan dengan lapisan campuran coklat diikuti oleh lapisan cream cheese plain.
- Sebagai lapisan terakhir, tuangkan hazelnut spread yang telah dicairkan dengan sedikit minyak jagung di atasnya.
- Anda boleh memilih untuk menabur hiasan mengikut selera.
- Biarkan di dalam peti sejuk sehingga mengeras sebelum dihidangkan. Selamat menikmati!
Kredit: Azlina Ina Fans
Baca juga: Resipi Kek Coklat Mousse, Tekstur Lembut & Creamy Macam Makan Aiskrim!