Setiap kali makan cendol kat kedai, semangkuk memang takkan puas makan. Lagi-lagi dalam cuaca panas macam sekarang. Haa, apa kata jom buat cendol homemade di rumah.
Bahan-bahan yang digunakan juga memang sudah ada di rumah, tinggal nak beli cendol saja. Mudah sangat!
Jom lihat cara membuat cendol homemade perkongsian oleh Shida Ambok di bawah. Menurutnya resipi ini hasil perkongsian oleh pekerja di kedai yang menjual cendol.
1. Campurkan 1 tin susu sejat bersama santan kotak. (Nisbah 1:1)
2. Masukkan secubit garam untuk naikkan rasa. Nak lagi sedap, guna santan segar bagi menggantikan santan kotak.
3. Cairkann gula melaka/gula merah di atas api dengan sedikit air. Apabila gula sudah larut, boleh tutup api dan tapiskan.
4. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti dengan santan mengikut selera. Lebih sedap jika ditambahkan ais.
Selamat mencuba!
Kredit: Shida Ambok
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…