Jom buat sendiri burger prosperity ala Mcd. Siapa yang pernah makan burger itu pasti tahu betapa lazat rasanya! Sedap yang amat.
Rupanya tak susah mana pun kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah. Kalau buat sendiri, lagi puas makan dan lebih jimat.
Jom ikuti resipinya yang dikongsi oleh Hasbullah Ahmad di bawah.
1. Buat patty daging sendiri, guna daging kisar pun boleh. Kalau beli yang dah siap, pastikan isi daging dia banyak atau lagi bagus, 100% isi daging.
2. Patty daging tak perlu garing sangat, takut kering. Dia kena ada ‘juicy’ sikit baru sedap.
3. Kisar sederhana halus lada hitam.
4. Bahan-bahan lain untuk sos: bawang putih, bawang besar, stok daging, tepung gandum, air dan garam/msg.
5. Cara-caranya, tumis bawang dengan minyak, masukkan tepung dan gaul. Masukkan bancuhan stok dan sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Boleh letak gula, kicap dan sebagainya.
Pastikan pekat likat.
5. Burger daging sos lada hitam siap! Yang bawah tu isi ayam goreng, menu tambahan.
Kredit: Hasbullah Ahmad
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…