budu rampai

Kalau anda belum pernah cuba resepi budu rampai, memang rugi besar! Sekali rasa, boleh buat tambah nasi berkali-kali.

Hidangan tradisional ini mudah disediakan tetapi rasanya padu, wangi dan menyelerakan. Nikmat sungguh makan dengan nasi panas atau sebagai ulam sampingan.

Anda boleh masukkan pelbagai jenis ulam seperti mangga muda, kacang panjang, daun limau purut atau daun-daun ulam lain yang ada di rumah.

Baca juga: Resipi Telur Goreng Budu, Sedap ‘Dooh’ Makan Dengan Nasi Panas-Panas!

RESEPI BUDU RAMPAI

budu rampai

Bahan-bahan:

  • Budu (tak perlu banyak sangat)
  • Cili api
  • Serai
  • Halia muda (jika suka)
  • Mangga muda
  • Limau kasturi (hiris bersama kulit)
  • Bawang merah
  • Daun limau purut
  • Kacang panjang

Nota: Semua bahan dihiris dan digaul sahaja. Boleh campur dua jenis budu iaitu budu merah dan budu kampung (hitam) untuk rasa lebih padu.

Cara penyediaan:

  1. Hiris semua bahan mengikut saiz yang disukai.
  2. Gaulkan kesemua bahan dengan budu sehingga sebati.
  3. Selalunya, daun-daun ulam juga boleh dimasukkan untuk lebih aroma dan rasa. Kali ini, jika tiada daun ulam, boleh gunakan apa yang ada sahaja.
  4. Jika ada bunga kantan atau pucuk/bunga kunyit, ia akan menambah keenakan.
  5. Ulam lain seperti ulam raja, pegaga, serai kayu atau daun kesum juga boleh digunakan. Apa yang penting adalah ikut selera dan bahan yang ada di sekeliling rumah.

Budu rampai ini mudah dibuat, menyelerakan dan sesuai untuk dimakan bersama nasi panas. Sekali makan, pasti rasa nak tambah lagi!

Sumber: Faizah Husain

Baca juga: Resipi Budu Tumis Kelantan, Makan Dengan Nasi Putih Pun Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN