Categories: Resipi

Cara Buat Brownies Kedut Pasti Jadi, Guna 5 Bahan Dapat Hasil Moist Luar Biasa!

Peminat pencuci mulut pasti sukakan cara buat brownies kedut yang sedap dinikmati bersama keluarga. Lebih-lebih lagi jika resipinya mudah, memang tak sabar nak buat sendiri.

Brownies kedut merupakan salah satu jenis brownies yang terkenal dengan permukaannya berkedut, nipis dan sedikit berkilat seperti lapisan kertas halus di atasnya.

Cara buat brownies kedut yanga dikongsikan oleh Takdir Irwani di Facebook sangat mudah dibuat dengan hanya menggunakan lima bahan dan hasilnya mengagumkan. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Batik Bites Sedap Tanpa Bakar, Resipi Menarik Ini Wajib Cuba Di Rumah!

CARA BUAT BROWNIES KEDUT 5 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 350g dark chocolate (jenis koin lebih mudah cair tanpa perlu dipotong)
  • 150g mentega (unsalted)
  • 1 cawan gula perang (lebih kurang 170g, menghasilkan rasa manis seimbang, tak terlalu kuat)
  • 3 biji telur (gred A atau B)
  • 1 cawan tepung penaik sendiri (lebih kurang 100g)

Cara-cara buat:

  1. Cairkan coklat dan mentega menggunakan kaedah double boil. Jika tiada, gunakan saja periuk pengukus. Gaulkan sampai cair sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telur dan gula perang. Gaul manja saja, tak perlu dipukul sampai kembang.
  3. Setelah gula dan telur sekata, tuangkan coklat cair tadi (tak mengapa walaupun masih panas).
  4. Masukkan tepung penaik sendiri, kemudian kacau sampai adunan sebati dan licin.
  5. Panaskan oven pada suhu antara 140ºC hingga 150°C.
  6. Sediakan loyang 8 inci dan lapik dengan baking paper (sangat penting untuk elakkan brownies melekat).
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh tambah hirisan badam atau biarkan kosong.
  8. Bakar selama 45 minit, bergantung kepada jenis oven.
  9. Setelah masak, buka pintu oven sedikit dan biarkan brownies rehat selama 10 minit sebelum dikeluarkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Takdir Irwani

Baca juga: Cara Buat Kek Pandan Gula Melaka, Lembut & Manis Yang Kena Dengan Jiwa Melayu

Aimi

Recent Posts

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…

3 days ago

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…

3 days ago

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…

3 days ago

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…

3 days ago

Telur Dalam Peti Sejuk Dah Lama? Ini Cara Mudah Nak Tahu Masih Elok Atau Tidak

Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…

3 days ago

Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter

Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…

3 days ago