bihun goreng cina

Selama ini kita dengar nasi goreng cina saja, tapi kali ini kami terjumpa resipi Bihun Goreng Cina yang sangat menarik. Walaupun cara memasaknya ringkas, tapi tetap memikat selera.

Apa yang membuatkannya unik daripada hidangan bihun goreng yang lain adalah bukan sekadar sedap, malah warnanya cantik, tak terlalu berminyak dan lembut beraroma.

Jika anda suka hidangan mudah, sedap dan cepat siap, resipi Bihun Goreng Cina yang dikongsikan oleh Fatihah Hanapi ini memang pilihan tepat. Jom kita tengok resipinya!

Baca juga: Lelaki Ini Ajar ‘Step By Step’ Cara Rendam Bihun Yang Betul, Tak Putus Bila Goreng!

RESIPI BIHUN GORENG CINA

bihun goreng cina

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, pukul telur dan goreng sambil hancur-hancurkan, kemudian ketepikan.
  2. Selepas itu, goreng dada ayam dan fishcake dengan minyak bawang putih.
  3. Apabila ayam sudah agak masak, masukkan serbuk udang kering, minyak bijan, serbuk lada putih, gula, garam dan serbuk perasa.
  4. Kemudian, kacau sampai sebati.
  5. Seterusnya, masukkan bihun yang telah direndam.
  6. Masukkan sawi dan lobak merah, kemudian kacau sampai sebati.
  7. Setelah itu, masukkan telur hancur.
  8. Akhir sekali, hias dengan bawang goreng.

Selamat mencuba!

Sumber: fatihahanapi

Baca juga: Cara Masak Bihun Goreng Singapore Lembut, Wangi & Tak Hancur, Confirm Licin Satu Kuali!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN