Cara buat bergedil ayam bentuk bebola ini antara resipi yang paling simple, sedap, dan confirm laku keras bila buat. Apa yang best, bahan-bahan juga tidak susah dicari dan cara penyediaan pun tak rumit.
Kalau anda suka makan bergedil, tapi ingin cuba sesuatu yang lain, boleh cuba resipi bebola bergedil ini.
Bayangkan gabungan kentang lenyek yang lembut dengan isi ayam yang juicy, kemudian disalut pula dengan telur goreng yang rangup. Serius, setiap gigitan akan terasa nikmat.
Selain itu, bebola bergedil ini boleh disediakan lebih awal dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, boleh terus goreng. Jom cuba!
Baca juga: Bebola Keledek Bulat-Bulat Comel Ala Cameron Highlands, Sedap Sangat!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng kentang yang telah dipotong dadu sehingga empuk. Setelah itu, lenyekkan kentang dalam mangkuk besar.
2. Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam kisar, hirisan daun sup, hirisan lada merah, hirisan bawang merah, sebiji telur, dan bawang goreng ke dalam mangkuk yang berisi kentang lenyek. Gaul semua bahan sehingga sebati.
3. Ambil sedikit adunan dan bentuk menjadi bulat seperti bebola atau meatball. Susun dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit sebelum digoreng.
4. Pukul dua biji telur dalam mangkuk. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan bebola bergedil dalam telur yang telah dipukul, kemudian goreng sehingga keemasan.
5. Bebola Bergedil Ayam ini enak dimakan dengan soto, lada kicap, atau dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Har Ryea
Baca juga: Bebola Ayam Homemade Yang Sihat Dan Lazat, Anak-Anak Pasti Suka!
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…
Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…
Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…