Mari tengok cara buat Ayam Buttermilk yang mudah dan sedap macam dalam gambar di atas. Hidangan ini sememangnya popular di dalam dunia masakan, dengan kombinasi yang sempurna antara rasa ayam separa goreng dan kelembutan krim buttermilk.
Resipi buttermilk chicken oleh Husna di TikTok ini, beliau kongsikan cara-cara untuk menyediakan ayam buttermilk yang sedap, dengan gabungan rasa yang kaya dan tekstur yang lembut.
Baca juga: Ayam Butter Cara Masakan India, Sedap Rasa Rempah dan Lemak Berkrim!
Cara nak buat resepi berkuah ini pun senang sahaja. Ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk disediakan. Ia biasanya akan dihidang bersama dengan nasi putih dan beberapa sayuran kukus serta sup kosong untuk menjadikannya hidangan yang lengkap.
Sebenarnya ada banyak resipi buttermilk yang berbeza tetapi bahan asasnya adalah sama iaitu ketulan ayam yang diselaputi dengan tepung goreng dan bahan perasa sebelum ia digoreng.
Berikut adalah cara-cara untuk membuat hidangan ayam buttermilk yang sedap.
CARA BUAT AYAM BUTTERMILK
Bahan-bahan ayam:
- Isi ayam
- 1 biji telur
- 2 sudu besar tepung bestari – untuk salutan basah
- Tepung bestari
- Minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan buttermilk:
- 3 sudu besar butter
- 5 ulas bawang putih – cincang
- 5 tangkai cili padi – potong serong
- 2 tangkai daun kari
- 1 tin susu cair
- 1 keping cheese – optional
- Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Untuk menyediakan bahan ayam, cuci isi ayam dan tos dengan kain bersih. Kemudian, potong isi ayam kepada saiz yang sesuai.
- Pukul telur dalam mangkuk sehingga rata. Di dalam mangkuk lain, campurkan tepung bestari.
- Panaskan minyak dalam kuali. Semasa minyak panas, celupkan potongan isi ayam ke dalam telur yang dipukul, kemudian gulingkan dalam tepung bestari hingga keseluruhan isi ayam dilapisi dengan tepung.
- Goreng isi ayam dalam minyak panas hingga kekuningan dan rangup. Angkat dan toskan minyak berlebihan. Ketepikan.
- Untuk membuat sos buttermilk, panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga harum.
- Masukkan cili padi yang telah dipotong serong dan daun kari. Kacau sehingga semua bahan tercampur rata.
- Tuangkan susu cair ke dalam kuali dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan keju (jika digunakan) dan garam secukup rasa. Kacau sehingga keju leleh dan semua bahan tercampur rata.
- Masukkan isi ayam yang telah digoreng ke dalam sos buttermilk. Gaul rata sehingga isi ayam dilapisi dengan sos buttermilk.
- Sajikan panas-panas dengan nasi putih atau roti sebagai hidangan lengkap.
Video penuh:
@unnna98 Ayam Buttermilk ✨ #ayambuttermilk #resepiayambuttermilksimple #masakansimple #masakdirumah #cooking
Selamat mencuba!
Baca juga: Bapa Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ayam Rangup, Anak Mesti Naik Selera!
Sumber: TikTok Husna