cara buat ayam bakar

Nampak ada ayam dalam peti sejuk, terus nak cuba cara buat Ayam Bakar yang sedap dimakan bersama nasi atau dicicah dengan air asam. Hanya bayangkan saja, boleh terliur dibuatnya.

Rahsia Ayam Bakar yang sedap terletak pada persediaan bahan perapannya. Selain itu, anda kena pandai seimbangkan rasanya juga.

Kami tertarik dengan cara buat Ayam Bakar yang dikongsikan oleh Duang Promlikit di Facebook dan hasilnya lembut berjus. Jom kita cuba!

Baca juga: TikTok ‘Creator of the Year’, Che Sayang Kitchen Kongsi Resepi Ayam Bakar Mayonis Dapat 13 Juta Views

CARA BUAT AYAM BAKAR

cara buat ayam bakar

Bahan A:

  • ½ ekor ayam (cuci bersih dan toskan)

Bahan B:

  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

Bahan C (kuantiti sesuai dengan selera):

  • Sedikit sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk lada hitam
  • Lada hitam hancur
  • Sedikit lada putih
  • Garam
  • Sedikit minyak masak atau minyak bijan
  • Lebih kurang 1 sudu besar marjerin

Bahan D:

  • Gula atau madu (boleh skip jika tak suka)

cara buat ayam bakar

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, sediakan mangkuk dan gaul sebati semua bahan C.
  2. Selepas itu, masukkan bahan B dan gaul sebati lagi.
  3. Jika guna gula, terus masuk dan kacau bersama bahan perap tadi.
  4. Kemudian, perap pada ayam sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Jika guna madu, sapu apabila ayam lagi 10 hingga 15 minit nak masak, baru ayam nampak cantik berkilat.
  6. Akhir sekali, bakar dalam oven mengikut suhu masing-masing (saya guna suhu bawah 180ºC, suhu atas 150ºC) lebih kurang 1 jam 30 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: Duang Promlikit

Baca juga: 5 Resipi Ayam Perap Simple Guna 4 Bahan Mudah, Setiap Hari Dapat Makan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN