Sesetengah orang sangat rajin ke dapur untuk membuat kuih pada waktu malam. Adakah anda tahu cara buat apam nasi yang paling mudah dan sedap?
Secara umumnya, apam adalah makanan gebu yang dimasak secara bakar atau kukus dan boleh dibuat daripada tepung gandum atau tepung beras.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang bergelar apam seperti apam balik, apam berkuah dan paling popular ialah kuih apam yang tak lapuk dek zaman.
Dalam banyak-banyak variasi, kuih apam nasi adalah antara kuih paling disukai ramai terutamanya mereka yang berasal dari kampung.
Jika ada lebihan nasi di rumah, anda boleh ikut cara buat apam nasi yang ditunjukkan oleh Eniza M. Salim di Facebook ini. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Apam Nasi Pandan Guna Sukatan Cawan, Gebu Gebas!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kisar gula, nasi sejuk dan air sampai nasi dan gula jadi hancur dan halus.
2. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam tepung gandum, tepung beras dan mauripan, kemudian gaul rata.
3. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama 1 jam.
4. Selepas 1 jam, kacau-kacau kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna jika suka.
5. Kukus lebih kurang 8 hingga 10 minit dalam acuan kecil-kecil yang telah disapu dengan minyak yang dah disapu minyak. Jika guna acuan besar perlu ambil masa 20 minit. Siap!
Nak buat apam nasi ini taklah susah mana, cuma perlu tahu teknik yang betul dan semestinya hasil akan lebih cantik dan gebu.
Apam nasi ini sangat enak dinikmati bersama kelapa parut. Selera anda sekeluarga akan semakin terangkat jika ada kopi atau teh di sisi.
Selamat mencuba!
Sumber: Eniza M. Salim
Baca juga: Resipi Apam Gula Melaka, Lebih Nikmat Makan Dengan Kelapa Parut
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…