cara buang kutu beras

Cara buang kutu beras sebenarnya boleh dilakukan dengan mudah di rumah jika kita tahu petuanya. Masalah kutu beras ini memang biasa berlaku, terutamanya bila beras disimpan terlalu lama atau tidak ditutup rapat.

Kaedah orang lama ini hanya menggunakan tuala putih yang diletakkan di atas beras untuk membantu menarik keluar kutu beras secara semula jadi dan berperingkat.

Dengan menggunakan cara ini, kutu beras akan naik dan melekat pada tuala putih secara perlahan-lahan sehingga jumlahnya semakin berkurang. Proses ini boleh diulang beberapa kali sehingga beras kembali bersih dan lebih selamat untuk dimasak seperti biasa di rumah.

Baca juga: Cara Rebus Sagu Supaya Jernih Sempurna & Tak Melekat, Baru Jadi Cantik Macam Mutiara

CARA BUANG KUTU BERAS GUNA TUALA PUTIH

cara buang kutu beras

Cara-cara menghilangkan bubuk beras:

  1. Ambil beras yang sudah diserang kutu beras dan letakkan dalam bekas yang terbuka.
  2. Letakkan tuala putih di atas permukaan beras tersebut.
  3. Biarkan seketika tanpa diganggu.
  4. Tidak lama kemudian, bubuk atau kutu beras akan naik dan melekat pada tuala putih.
  5. Angkat tuala tersebut, buangkan bubuk yang melekat, kemudian letakkan semula tuala di atas beras.
  6. Ulang proses ini beberapa kali sehingga kebanyakan bubuk keluar dari beras.
  7. Setelah selesai, barulah beras boleh digunakan seperti biasa untuk memasak.

Tips tambahan untuk elak bubuk beras:

  • Simpan beras dalam bekas kedap udara
  • Letakkan beberapa helai daun pandan atau daun limau purut dalam bekas beras
  • Pastikan bekas beras sentiasa kering dan bersih
  • Elakkan simpan beras terlalu lama dalam jumlah banyak

Sumber: Rohaya Rose

Baca juga: Petua Simpan Daun Pandan Dalam Freezer Supaya Aroma Kekal ‘Fresh’ Macam Baru Kerat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN