baki santan kotak

Nak simpan baki santan kotak pun ada caranya, bukan main simpan saja dalam peti ais. Kalau hanya membiarkan santan kotak yang sudah dibuka dalam peti ais, ia akan cepat rosak.

Maklumlah, harga santan kotak saiz besar biasanya lebih murah dan jimat berbanding santan kotak kecil. Namun jika nak masak dalam jumlah yang sedikit, pastinya akan ada lebihan.

Jika disimpan begitu sahaja dalam peti sejuk dan tidak dihabiskan dalam masa 3 hari pastinya akan basi. Oleh itu boleh cuba petua menyimpan santan di bawah.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi ‘Hacks’ Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi, Kreatif Sangat!

TIPS SIMPAN BAKI SANTAN KOTAK SUPAYA TAHAN LAMA

Ada dua cara yang boleh anda praktikkan untuk menyimpan lebihan santan:

1. CARA PERTAMA

Bahan yang diperlukan:

  • Plastik kecil
  • Getah

Cara-caranya:

  1. Tuangkan baki santan ke dalam plastik dan ikat dengan ketat dengan kemas menggunakan getah.
  2. Kemudian letakkan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais.

2. CARA KEDUA

Bahan yang diperlukan:

  • Ziplock

Cara-caranya:

  1. Letakkan santan kotak yang sudah dibuka ke dalam ziplock.
  2. Pastikan ziplock ditutup dengan rapi dan tidak terdedah pada udara.

Lihat video penuh di bawah:

@cikrey_ana32

Santan kotak paling renyah! Pakai sikit esok dah tak okay kan? #gengdapur mesti selalu dah ni. Jom try tips ni! Kita dah siap seminggu simpan pon elok tak ketul 💪🏻 #fyp #fypシ #santan #kotak #gengdapur #kitchen #kitchenhacks #tipsandtricks #freesiabox #freesiabox_barangdapurmurah

♬ Dj Jalan Pargoy X Goyang Jaypong – DJ MIFTAH

Sumber: TikTok cikrey_ana32

Baca juga: Cara Simpan Petai Tahan Berbulan-Bulan, Rasa Pun Tak Berubah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN