cara betul cuci acuan

Rupa-rupanya, ada cara betul basuh acuan kuih kaswi. Bukan seperti basuh pinggan dan periuk yang biasa kita buat. Ada tekniknya supaya tidak rugi terbuang semua acuan jika salah mencuci.

Baru-baru ini, salah satu jenis kuih yang trending adalah kuih kaswi gedik. Tidak hanya disediakan dalam rasa asal dan pandan, tetapi resipi kuih kaswi ini juga divariasikan dengan pelbagai perisa seperti jagung dan gula merah.

Baca juga: Kuih Kaswi TERGEDIK-GEDIK, Resipi Untuk 5 Perisa Yang Boleh Dicuba!

Tetapi, perlu berhati-hati agar tidak menggunakan sabun kerana teknik mencuci acuan kuih kaswi gedik ini agak berbeza.

Ikuti tips dan cara betul basuh acuan kaswi menerusi perkongsian Cik Puan Hazlyana Duang Full. Perkongsian beliau raih perhatian hingga mendapat 13K tanda suka dan 8.7K perkongsian di Facebook. 


CARA BETUL BASUH ACUAN KASWI

Ada yang tanya tips nak basuh bagi cepat acuan plastik kaswi ni. Cara dia sama je mcm acuan tart, cuma jangan letak sabun.

Sabun tu akan menyebabkan acuan berbau sabun dan kuih pun akan bau sabun juga. Macam dalam gambar ini saya tak tahu lagi akan berbau jadi saya bubuh sabun dalam periuk, akibatnya semua kaswi saya terpaksa buang sebab bau sabun.

cara betul basuh acuan

Bahan cuci yang diperlukan:

  • Air
  • Cuka
  • Periuk
  • Sudip

Cara-cara membasuh acuan kaswi:

1. Letak air dan cuka kemudian rebuskan.

2. Lepas air dah panas gaulkan acuan dengan sudip ke apa ke supaya kekotoran yang melekat jatuh.

3. Rebus guna periuk sebab bila guna air panas semua yang melekat itu tertanggal, letak sabun pun setakat 2 hingga 3 titik sahaja, jangan banyak.

4. Selepas mencuci dan membilas acuan, lap permukaannya dengan lap kering atau tisu bersih. Pastikan acuan benar-benar kering sebelum disimpan.

5. Simpan acuan kuih kaswi dalam keadaan kering dan bebas daripada lembapan. 

acuan kuih kaswi


Ingat, setiap acuan mungkin memerlukan penjagaan yang sedikit berbeza bergantung pada bahan dan reka bentuk.

Pastikan membaca panduan penjagaan yang disediakan untuk acuan kuih kaswi anda.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Kuih Kaswi Gula Merah, Kuih ‘Lejen’ Yang Tak Jemu Dimakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN