cara cuci blender

Pengisar antara alat dapur yang paling berguna. Tapi kalau dah digunakan untuk mengisar sambal atau bahan berbau kuat, bau yang melekat memang susah hilang. Jangan risau, dengan cara cuci blender yang betul, anda boleh hilangkan bau busuk dengan cepat.

Selain mudah dan cepat, cara ini juga menggunakan bahan semula jadi seperti beras dan limau nipis, yang biasanya ada di setiap dapur. Dijamin tiada lagi bau busuk yang melekat!

Artikel di bawah ini akan tunjukkan langkah-langkah mencuci mesin pengisar supaya bersih, segar dan sedia digunakan untuk masakan lain. Barulah tiada lagi bau pelik dan busuk!

Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya!

CARA CUCI BLENDER UNTUK HILANGKAN SEGALA BAU BUSUK

cara cuci blender

Untuk menghilangkan bau busuk pada mesin pengisar, anda hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu beras dan limau nipis. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Masukkan dua biji limau nipis ke dalam blender.
  2. Tambahkan tiga sudu besar beras.
  3. Masukkan sedikit air untuk memudahkan proses mengisar.
  4. Kisar selama beberapa minit sehingga beras dan limau nipis hancur sepenuhnya.
  5. Akhir sekali, bilas blender dengan air bersih sehingga tiada sisa beras atau limau nipis.

Dengan cara di atas, segala bau ‘tidak sedap’ akan hilang sekelip mata dan bersih seperti baru. Dijamin selamat untuk masak resipi lain tanpa bau pelik.

Sumber: Sirap Limau

Baca juga: Cara Halau Semut Di Dapur Guna Bahan Semula Jadi, Tak Perlu Pakai Spray Racun!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN