Categories: Tips & Petua

Jangan Buang Periuk Kaca Rentung & Hitam, Ini Cara Bersih Dengan Mudah Tanpa Calar!

Periuk kaca hangus dan hitam legam? Jangan terus buang! Pasti ramai yang pernah lalui situasi di mana terlupa tutup api semasa panaskan makanan. Bila tersedar, makanan dah rentung dan periuk pula jadi hitam berkerak.

Kalau periuk biasa mungkin tidak rasa apa-apa, tapi bila yang terbakar itu periuk kaca yang mahal, memang rasa rugi. Biasanya, ramai ambil keputusan untuk buang sahaja kerana ingat sudah tidak boleh diselamatkan.

Tapi sebenarnya, periuk kaca yang rentung itu masih ada harapan untuk dibersihkan. Tidak perlu gosok terlalu kuat atau beli bahan mahal. Ada satu petua mudah yang boleh dicuba dan hasilnya memang memuaskan.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara paling mudah dan berkesan untuk bersihkan periuk yang hitam hangus. Jangan lupa baca sampai habis, petua ini mungkin berkesan untuk selamatkan periuk kesayangan anda!

Baca juga: Cara Celur Sayur Agar Tak Bertukar Lebam, Warna Pun Kekal Hijau & Segar!

CARA HILANGKAN KESAN HANGUS & HITAM PADA PERIUK KACA

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Campurkan air, soda bikarbonat dan cuka dalam periuk.
  2. Rendam periuk yang hangus dalam campuran ini.
  3. Jika kesan hangus masih tak tanggal selepas rendaman pertama, rendam lebih lama (contohnya beberapa minggu).
  4. Selepas rendam, sental menggunakan span kasar selama kira-kira 30 minit.
  5. Kesan hitam akan tanggal dan permukaan periuk kembali bersih tanpa calar.

Hasilnya:

Periuk kaca yang rentung dan penuh dengan kerak tadi kembali bersih semula dan kelihatan hampir seperti baru. Petua ini sangat mudah, tak memerlukan bahan mahal dan sangat berkesan.

Sumber: Lia Johari

Baca juga: Cara Hilangkan Bau Masam, Tengik & Kepam Pada Pengisar, Auto Macam Baru!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago