Kuali adalah salah satu alat dapur yang kita gunakan setiap hari, dan pastinya kerak tebal akan terkumpul seiring dengan waktu. Tapi jangan risau! Ada banyak petua dan cara bersihkan kuali hitam tersebut.
Jadi, jika anda sudah lama berhadapan dengan masalah kuali berkerak, ini adalah masa yang tepat untuk mencuba petua yang kami kongsikan. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!
Baca juga: Jangan Curah Air Sejuk Dalam Kuali Panas Sebelum Cuci, Ini Kesan Yang Akan Berlaku!
Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Nor Hayati Abd Rahman mengenai caranya menghilangkan kerak kuali yang hitai dan tebal.
“Hari ini nak share sikit petua nak tanggalkan kerak kuali yang tebal. Ini pun terbaca beberapa hari lepas pasal nak kilatkan kuali. Jadi hari ini rasa free sikit dan nak cuba kot-kot menjadi.”
Cara-caranya:
1. Sediakan kuali yang besar dan muat untuk letak kuali yang mahu dicuci. Panaskan air dengan asam keping sebanyak 8 keping.
2. Masukkan kuali yang kita nak buang segala kerak yang tebal itu. Sampai air mendidih. Biarkan sejuk dan boleh lah mula buat kerja.
3. Disebabkan kuali ini kerak dia tebal, kikis dengan pisau. Memang senang lekang kerak-kerak dia itu dari kuali. Selepas itu, kita gosoklah dengan berus dawai kasar dengan sabun mandi ke atau dengan sabun luntur kuning ke, tak kisah mana.
4. Yang dekat telinga kuali ada lagi hitam-hitam, jadi telungkupkan dalam air panas yang ada asam keping tu, biarkan sekejap. Keluarkan dan gosok balik.
5. Hasilnya, kuali dah berkilat. Selamat mencuba!
Kredit: Nor Hayati Abd Rahman
Baca juga: Kuali Baru Jangan Terus Guna. Kena ‘Bakar’ Dulu, Elak Berkarat & Masakan Tak Melekat
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…