PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-12 08:23:53
Tahukah anda? Ikan keli adalah ikan yang banyak terdapat di negara-negara Asean sahaja termasuklah negara kita. Bagi penggemar ikan keli, pasti anda inginkan keenakan rasanya ketika dimakan. Namun, penting untuk kita memastikan ikan ini dibersihkan dengan cara yang betul sebelum dimasak supaya tiada rasa hanyir ketika dimakan. Oleh itu, jom kita ikuti cara-cara yang betul membersihkan ikan keli ini.
Cara-cara:
- Potong duri ikan keli yang terletak di bahagian sirip kiri dan kanannya. Jangan lupa untuk memotong ekornya sekali.
- Potongkan muncung ikan tersebut untuk membuang sesungut dan mulutnya.
- Kemudian, belah perut ikan keli ini secara menegak dari garisan bawah mulut ke salur najisnya.
- Buang segala organ dalaman ikan keli sebersih mungkin
- Tekan bahagian belakang untuk membuang darah beku yang hanyir.
- Kemudian, sapukan tepung gandum ke seluruh badan ikan dan biarkan selama 10 ke 15 minit untuk menghilangkan bau hanyir ikan ini.
- Selepas itu, bilas air hingga bersih.
Siap untuk dimasak! Macam-macam lauk boleh dimasak dengan ikan keli ini. Sesuai untuk hidangan tengahari untuk dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!