Tak ramai anak muda sekarang yang pandai membuat ketupat palas, apatah lagi membalutnya. Oleh itu, jom kita belajar cara balut ketupat palas. Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar kan?
Perkongsian oleh Puan Rusmani Hamzah ini khas untuk mereka yang sudah lama mahu belajar teknik menganyam ketupat palas yang makin ditelan zaman ini.
Baca juga: Cara Buat Ketupat Guna Daun Pisang, Lagi Mudah Nak Bungkus!
1. Beras pulut dibasuh dan rendam selama 1 ½ jam atau 2 jam. Kemudian toskan.
2. Sebelum kukus pastikan pengukus dilapik dengan jaring. Bila masukkan beras pulut, buat lubang ditengah-tengah beras untuk wap naik dalam pulut.
3. Masak air untuk mengukus hingga mendidih. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.
4. Setelah selesai mengukus, tuang ia ke dalam besen. Pulut yang masih panas boleh masukkan santan yang sudah digaul dengan garam dan gula. Gaul hingga sebati dan makan masa lebih kurang 3 minit. Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut.
5. Kukus pula untuk kali kedua selama 20 minit.
6. Tuang pulut dalam besen dan digaul rata selama 3 minit. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dengan daun palas.
7. Lepas ia siap dibungkus boleh difrozenkan atau pun nak kukus terus untuk dimakan.
1. Ulang langkah 1 hingga 5 seperti di resepi ketupat lemak di atas.
2. Tuang pulut dalam besen. Pulut yang masih panas, masukkan gula dan gaul rata selama 3 minit. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh dibungkus bersama serunding.
3. Selepas siap dibungkus, boleh difrozenkan di dalam peti beku atau pun kukus terus untuk dimakan. Jika nak makan terus selepas ia dibungkus, kena kukus selama 20 minit.
Selamat mencuba!
Kredit: Rusmani Hamzah
Baca juga: Jenis Anyaman Ketupat Yang Boleh Belajar Untuk Raya Ini, Jom Cuba!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…