Categories: Resipi

Wanita Ini Kongsi Cara Bakar Ikan Guna Air Fryer, Mudah Dan Cepat Siap!

Sudah hampir waktu tengah hari, nampaknya sudah sampai masa untuk memasak di dapur. Jika nak sediakan hidangan paling mudah, boleh cuba cara bakar ikan guna air fryer ini.

Ikan Bakar adalah hidangan ikan yang dibakar atau dipanggang atas bara api yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia. Kini, terdapat pelbagai versi Ikan Bakar yang muncul di serata dunia.

Selain menggunakan tempat pemanggang khas, sebenarnya terdapat cara bakar ikan yang cukup ringkas dan mudah dengan menggunakan air fryer di rumah.

Melalui perkongsian oleh Nur Hayati Yahya di Facebook, dia telah membakar ikan dalam air fryer tanpa perlu terbalikkan sama sekali. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ikan Percik, Cara Bakar Ini Buat Isi Kekal Lembut Dan Berjus

CARA BAKAR IKAN GUNA AIR FRYER

Bahan-bahan:

  • Ikan (tak kisah jenis apa pun boleh)
  • Pes ikan bakar
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili kisar
  • Halia
  • Serai
  • Cabai Melaka (jika suka pedas)
  • Sedikit belacan
  • Pes asam pedas Adabi
  • Garam
  • Gula

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar semua bahan kecuali ikan sehingga lumat.

2. Kemudian, tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan kering.

3. Selepas itu, sapukan pada badan ikan mengikut citarasa.

4. Seterusnya, bakar ikan dengan menggunakan suhu 180ºC selama 10 minit terlebih dahulu.

5. Setelah itu, sapu lagi pes ikan bakar supaya sedikit basah-basah.

6. Akhir sekali, bakar ikan lagi dengan menggunakan suhu 180ºC selama 25 minit. Siap untuk dihidang!

Bahan-bahan di dalam resepi ini perlu diagak dan seimbangkan mengikut citarasa tersendiri. Setelah menikmatinya, anda pasti akan puas hati dengan hasil isi ikan yang lembut berjus dan sangat sedap dimakan.

Cara bakar ikan ini sesuai buat mereka yang nak cepat siap masak di rumah. Bagi menyempurnakannya, anda boleh hidangkan bersama sambal kicap atau air asam yang lazat.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Hayati Yahya

Baca juga: Ayam Bakar Madu Guna Air Fryer, Rangup Dan Manisnya Buat Terliur

Aimi

Recent Posts

Roti Nak Expired? Jom Buat Cucur Roti Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Alamak! Roti dah nak tamat tempoh? Jangan buang! Kita boleh 'selamatkan' roti itu dengan mencuba…

2 days ago

10 Serbuk Matcha Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Beli, Barulah Sedap Bancuh Air!

  Serbuk matcha telah menjadi trend popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ramai yang…

2 days ago

Jenis Mangga Yang Popular Di Malaysia, Orang Kata No. 3 Isi Sedap Dan Manis Leting!

Selalunya kita dengar tentang mangga Harumanis saja, tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis mangga terjual…

2 days ago

Bubur Biskut Kapal, Resipi Legend Orang Perak Yang Ramai Tak Tahu!

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya…

2 days ago

Ayam Kicap Jawa Bersantan, Pembuka Selera Kenyang Sampai Menyandar!

Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas.…

2 days ago

Resipi Sardin Kicap Pedas, Rasa Lagi ‘Power’ Dari Masak Sambal!

Bosan asyik makan sambal sardin saja? Jom cuba resepi sardin masak kicap pedas ini pula.…

2 days ago