cabai picit

Kalau dah tiada idea nak masak apa untuk makan tengahari, boleh cuba buat cabai picit ni. Makan dengan ikan bakar dan ulam, memang sedap sungguh.

Bukan itu saja, menu ini juga sangat sihat dan sesuai untuk orang diet. Boleh ikuti cara membuatnya yang dikongsikan oleh Putri Inas di bawah.

RESIPI CABAI PICIT, SAMBAL RINGKAS TAPI SEDAP

Bahan-bahan:

  • 12 biji cabai merah
  • 12 biji cabai hijau
  • 1 sudu besar asam jawa (asam jawa asli)
  • 2 ketul belacan bakar (sebesar ibu jari)
  • Setengah biji asam limau
  • 1/2 cawan air kosong (ikut kepekatan yang disukai
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Picit saja semua bahan di atas. Bukan tumbuk, bukan blend.

2. Makan dengan ikan bakar kosong dan ulam. Selamat mencuba!

Kredit: Putri Inas

Baca juga: Resipi Ikan Rebus Goreng Yang Laku Keras, Bau Ikan Masa Goreng Pun Dah Mengiurkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN