Selalunya, menu sebegini ada di restoran-restoran mahal je, Tapi sekarang, kedai makan biasa pun dah mula membuatnya termasuklah kedai Thai.
Lagipun, resipi ini tak menggunakan banyak bahan pun nak memasak. Simple sangat.
Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Rangup & Berkerinting, Guna Satu Jenis Tepung Ini Saja
Kali ini dia istimewa sikit sebab masak menggunakan tepung bestari. Siapa je yang tak suka goreng ayam guna tepung ini kan. Terasa kerangupan nya dengan rasa pedas-pedas sikit.
Tepung Bestari ini ada perisa original dan spicy. Korang boleh pilih ikut citarasa tersendiri. Untuk menghilangkan rasa muak buttermilk, korang boleh guna tepung yang spicy.
Jom kita ikuti resipi perkongsian dari Nasriah Ramli ini. Resipi beliau viral tau di Facebook. Rugi tak cuba.
1. Mula-mula, gaul isi ayam dengan garam, sedikit gula dan tepung Bestari. Kemudian, goreng dan ketepikan.
2. Panaskan 2 sudu besar butter atau margerin dan tumiskan hirisan bawang putih dan daun kari.
3. Bila dah naik bau, masukkan hirisan cili padi dan gaul lagi. Kemudian, masukkan 2 sudu susu pekat.
4. Diikuti dengan 1/2 cawan air. Jika suka pekat, boleh tambah 1 sudu makan tepung jagung.
5. Bila dah mendidih, masukkan garam dan sedikit gula putih.
6. Akhir sekali, masukkan isi ayam yang digoreng tepung tadi. Tutup api. Siap!
Siap untuk dihidang! Lagi jimat dari makan kat luar. Mudah je kan nak masak lauk butter milk chicken ni.
Ayam yang digoreng tu tak sama dengan cara saya masak sebelum ni. Patutlah ramai yang share resepi ni. Guna tepung Bestari rupanya lagi sedap.
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…