bunga durian goreng

Ramai tak tahu, bunga durian yang selalu gugur sebenarnya boleh dijadikan hidangan yang cukup menyelerakan. Selain dimasak lemak, bunga durian goreng adalah satu lagi cara mudah untuk menikmatinya sebagai kudapan rangup di rumah.

Dengan teknik yang betul, hasilnya bukan saja garing, malah rasanya seakan-akan cendawan goreng yang unik dan pasti buat ramai suka.

Baca juga: Resepi Kerepek Peria Rangup Tanpa Rasa Pahit, Bahan Mudah, Sedap & Confirm Tak Stop Makan!

CARA BUAT BUNGA DURIAN GORENG RANGUP

bunga durian goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Basuh bunga durian hingga bersih dan toskan.

2. Biarkan sedikit lembap, kemudian taburkan tepung dan gaul rata.

3. Jangan gaul terlalu awal atau terlalu banyak — cukup untuk sekali goreng.

4. Panaskan minyak seperti ingin menggoreng pisang.

5. Goreng hingga keemasan dan rangup.

6. Angkat dan toskan minyak.

7. Ulang proses hingga habis.

Bunga Durian Goreng Lebih Rangup Tanpa Bancuhan

Kebiasaannya, ada yang menggunakan tepung bancuhan untuk menggoreng. Namun cara ini mudah menyebabkan tekstur jadi lembik selepas sejuk.

Sebaliknya, teknik lebih mudah ini hanya menggunakan tepung gaul terus tanpa bancuhan, menjadikan kudapan bunga durian lebih kekal rangup.

Rasa Unik Ala Cendawan Goreng

Kudapan bunga durian ini mempunyai tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Rasanya pula seakan cendawan goreng, dengan aroma wangi bunga durian yang keluar semasa proses menggoreng.

Memang sesuai dijadikan kudapan santai atau hidangan minum petang.

Tip Supaya Kekal Rangup

  • Gaul tepung hanya sebelum menggoreng
  • Pastikan minyak cukup panas
  • Goreng dalam kuantiti kecil
  • Elakkan menutup bekas selepas digoreng

Jangan Bazir, Cuba Cara Ini

Jika ada bunga durian yang gugur, jangan terus dibuang. Dengan cara mudah ini, anda boleh hasilkan kudapan bunga durian yang rangup, sedap dan lain daripada yang lain.

Sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, lebih-lebih lagi ketika musim durian.

Selamat mencuba!

Sumber: Knowrly Na Yaacob

Baca juga: Terung Celup Tepung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Sahaja

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN