Minyak zaitun terhasil dari perahan buah Zaitun. Buah ini kebanyakannya terdapat di kawasan Mediterranean seperti negara Sepanyol, Tunisia, Morocco, Itali dan Turki.
Pasti ramai yang sudah tahu, minyak ini mempunyai banyak khasiatnya dan sering digunakan dalam perubatan, sabun, kosmetik dan juga masakan.
Terdapat banyak jenis minyak zaitun yang ada di pasaran. Namun, bukan semua sesuai digunakan dalam masakan. Setiap jenis itu mempunyai kegunaannya yang tersendiri.
PERBEZAAN MINYAK ZAITUN YANG WAJIB TAHU
1. Extra Virgin Olive Oil
Extra Virgin Olive Oil ini merupakan hasil pertama dari buah zaitun. Ia memiliki kualiti yang paling bagus jika dibandingkan dengan jenis yang lain. Minyak ini tidak sesuai digunakan untuk masakan kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.
2. Original Virgin Olive Oil
Manakala Minyak Zaitun jenis ini pula diperolehi daripada proses memerah buah zaitun. Sebab itulah harganya lebih murah dari Extra Virgin. Jenis ini sesuai digunakan untuk menumis.
3. Light/Extra Light Olive Oil
Jenis Light/Extra Light ini pula sesuai digunakan untuk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupun ianya melalui proses penyulingan lebih dari sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan dengan minyak goreng biasa.
Sekarang dah tahu kan perbezaan dan kegunaan setiap minyak zaitun yang ada di pasaran? Selepas ini jangan salah pilih lagi ya. Semoga bermanfaat!
Kredit: Kurus Tanpa Lapar