Kalau anda sedang mencari buffet halal luar negara yang sedap dan sesuai untuk seisi keluarga, berita baiknya semakin banyak hotel di negara bukan Islam kini menawarkan pilihan makanan halal yang pelbagai. Dari Asia hingga ke Eropah, pelancong Muslim boleh menikmati hidangan antarabangsa tanpa rasa was-was.
Menariknya, hotel bertaraf antarabangsa sekarang bukan sekadar menyediakan dapur khas halal, malah turut menawarkan ruang makan yang luas dan menu mesra kanak-kanak. Bukan sahaja mudah untuk menjamu selera, suasananya juga selesa untuk keluarga berehat selepas seharian berjalan.
Sama ada anda merancang percutian ke Jepun, Singapura, Taiwan atau negara Eropah, pilihan buffet halal kini semakin mudah ditemui. Tinggal pilih sahaja yang paling menepati cita rasa, sama ada seafood segar, masakan tempatan atau pencuci mulut antarabangsa, semuanya tersedia untuk dinikmati!
Baca juga: Travel Jauh Dengan Anak-Anak? Cuba 7 Idea Snek Halal, Sihat & Mengenyangkan Ini
Restoran ‘Feast’ di Sheraton Hsinchu Hotel merupakan antara buffet hotel yang disahkan halal di Taiwan. Di sini, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan antarabangsa
Menariknya, pihak hotel menyediakan dapur khas untuk makanan halal bagi memastikan tiada pencemaran silang. Jadi, tetamu Muslim boleh menjamu selera dengan tenang.
Suasana restoran pula luas dan moden, sesuai untuk keluarga atau kumpulan pelancong Muslim yang ingin makan dengan selesa di hotel bertaraf lima bintang.
Restoran ‘Carmel’ menyediakan buffet halal di hotel, dengan dapur halal khusus. Lokasi pula berdekatan dengan kawasan tarikan seperti Tokyo Disney, sesuai untuk keluarga.
Hotel ini ada “Muslim-friendly” menu, penyediaan buffet dan hidangan halal bergantung atas permintaan. Boleh hubungi hotel lebih awal agar mereka sediakan menu halal.
Restoran “Ukihashi” dan “Le Temps” di hotel ini mempunyai sijil halal tempatan di mana mereka menyediakan menu halal di hotel. Sesuai bagi yang mahu tinggal di Kyoto kera semua keperluan halal mudah dicari.
Hotel ini “Muslim-friendly”, dengan sarapan bufet yang ada pilihan halal. Sesuai untuk pengunjung Muslim yang mahu hotel ada kemudahan asas seperti makanan halal dan ruang solat.
Hotel ini menawarkan buffet halal di restoran yang diiktiraf halal meskipun ia dalam kawasan bukan majoriti Islam.
Kalau bercuti ke Singapura, memang tak susah nak cari makanan halal. Negara ini antara destinasi paling mesra Muslim di Asia Tenggara, dengan banyak hotel dan restoran yang mempunyai sijil halal rasmi dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Berikut antara buffet halal terbaik di hotel Singapura yang sesuai untuk keluarga:
Restoran bufet halal yang santai dan luas, sangat sesuai untuk makan bersama keluarga besar. Hidangan tempatan dan antarabangsa silih berganti setiap hari, termasuk kaunter khas untuk kanak-kanak serta pencuci mulut yang pelbagai.
Wajib cuba: Laksa Singapura, nasi ayam, daging panggang, makanan laut segar.
Lokasi: 317 Outram Rd, Singapore
Antara bufet halal paling terkenal di Singapura! Tarikan utamanya ialah pilihan makanan laut yang banyak, sushi, dan pencuci mulut seperti kek serta tart. Suasana meriah dan sesuai untuk sambutan hari istimewa keluarga.
Wajib cuba: Sushi & sashimi, makanan laut atas ais, daging panggang, kek dan tart istimewa.
Lokasi: 25 Scotts Rd, Royal Plaza on Scotts
Menarik kerana gabungkan dua konsep — makan tengah hari gaya Nasi Padang dan makan malam hotpot makanan laut. Hidangan padat dengan rasa dan suasana moden yang tetap mesra keluarga.
Wajib cuba: Nasi Padang, hotpot dengan udang karang, daging panggang, sup panas.
Lokasi: 81 Anson Road, Level 2, Singapore
Bufet halal yang menampilkan cita rasa tempatan seperti chili crab, satay dan laksa. Ruang makan moden dan selesa, sesuai untuk santapan keluarga atau kumpulan kecil.
Wajib cuba: Ayam goreng Korea, bubur abalone, pencuci mulut Peranakan.
Lokasi: 7500 Beach Road, Singapore
Menarik sebab ada konsep dapur terbuka halal – pengunjung boleh lihat chef memasak satay, prata dan mi goreng secara langsung. Pilihan makanan gabungan Cina, India dan Melayu menjadikannya antara bufet paling berbaloi.
Wajib cuba: Satay, daging tandoori, laksa, nasi ayam, kuih tempatan.
Lokasi: 10 Scotts Rd, Grand Hyatt Singapore
Restoran Indonesia halal yang terkenal sejak tahun 1985. Hidangan rendang, ayam goreng dan soto ayam dimasak dengan rempah asli dan rasa autentik. Suasana selesa dan sesuai untuk keluarga.
Wajib cuba: Rendang, ayam goreng, satay, soto ayam.
Lokasi: 405 Havelock Rd, Singapore
Antara bufet halal paling besar dan popular di Singapura, terkenal dengan hidangan Asia, Timur Tengah dan Barat. Sesuai untuk majlis keluarga besar atau kumpulan pelancong.
Wajib cuba: Daging panggang, makanan laut, kari ayam, kuih Melayu.
Lokasi: 390 Victoria St, Village Hotel Bugis, Singapore
Restoran warisan yang menampilkan hidangan Melayu-Nusantara dalam gaya moden. Terletak bersebelahan Masjid Sultan, suasananya klasik dan tenang — sesuai untuk makan malam istimewa.
Wajib cuba: Rendang, kerabu, sambal makanan laut, kuih tradisional.
Lokasi: 73 Sultan Gate, Gedung Kuning, Singapore
Antara bufet halal paling mewah di Singapura, dengan gabungan rasa Asia dan antarabangsa. Menu seperti chili crab, sushi dan satay menjadikan pengalaman makan lebih meriah.
Wajib cuba: Chili crab Singapura, sushi, satay, makanan laut segar.
Lokasi:Fairmont Singapore, 80 Bras Basah Rd
Sumber: AD TOCART
Baca juga: 5 Restoran Halal Mesra Keluarga di London, Tokyo & Gold Coast Yang Wajib Singgah!
Bercuti di homestay semakin menjadi pilihan ramai kerana menawarkan ruang yang lebih luas, privasi dan…
Resepi keria kentang ini sesuai dicuba kalau ada lebihan kentang di dapur. Daripada dibiarkan lama…
Selepas berbulan-bulan menyimpan rahsia dan melakukan persediaan rapi, produk baharu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet…
Sambal kering ikan antara lauk yang mudah disediakan tetapi cukup menyelerakan. Gabungan ikan goreng yang…
Sup kosong sering menjadi pelengkap wajib apabila kita makan di kedai tomyam. Biasanya bila pesan…
Cara memasak tempe sebenarnya tidak semestinya perlu digoreng dalam minyak yang banyak. Jika anda mempunyai…