bubur sum sum pandan

Hari ini tekak teringin makan sesuatu yang manis, jadi kami pun cari resepi pencuci mulut dan terjumpa Bubur Sum Sum Pandan yang sungguh menyelerakan.

Bubur Sum Sum merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung beras dan dihidangkan bersama air gula. Jika di Malaysia, semestinya menggunakan gula Melaka.

Biasanya ia berwarna putih, tapi kali ini kami nak kongsikan resepi Bubur Sum Sum Pandan oleh ZamAkmal di Lemon8 yang berwarna hijau dan sangat menarik. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Som Som Sagu, Ini Rahsianya Jika Nak Hasil Licin Dan Cantik

RESIPI BUBUR SUM SUM PANDAN

bubur sum sum pandan

Bahan-bahan bubur sum sum:

  • 10 helai daun pandan
  • 1 cawan air
  • 3 cawan santan (jika guna santan kotak pekat, boleh cairkan sedikit dengan air)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan air gula:

  • 150gm gula Melaka
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Daun pandan (diikat)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara-cara membuat bubur sum sum:

1. Mula-mula, kisar daun pandan bersama air, kemudian tapis dan sukat dalam 1 cawan.

2. Selepas itu, masukkan dalam periuk dan letak santan, tepung beras, tepung jagung.

3. Kemudian, masak atas api perlahan dan terus kacau jangan berhenti.

4. Apabila sudah pekat, matikan api dan terus pindahkan ke dalam bekas, kemudian sejukkan. Siap!

Cara-cara membuat air gula:

1. Mula-mula, campurkan gula Melaka bersama gula pasir, air dan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air.

2. Cairkan dan masak atas api perlahan, kemudian masukkan daun pandan yang telah diikat.

3. Masak sekejap atas api selama beberapa minit. Siap!

bubur sum sum pandan

Tak susah pun nak buat pencuci mulut yang mudah untuk keluarga tersayang di rumah. Buat saja Bubur Sum Sum Pandan ini, pasti mereka seronok menikmatinya.

Selamat mencuba!

Sumber: ZamAkmal

Baca juga: Resepi Som Som Sagu Gula Melaka, Lembut Bergedik Dan Cukup Manis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN