bubur pulut hitam resepi

Bubur pulut hitam resepi ini antara yang mudah untuk dicuba. Ia salah satu pencuci mulut tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai sebab rasanya yang lembut, manis dan sangat mengenyangkan.

Ramai ingat nak buat bubur pulut hitam susah atau ambil masa lama, tapi sebenarnya mudah saja kalau kena cara. Rahsia paling penting untuk dapat tekstur yang sedap ialah pulut hitam perlu direbus sampai merekah dan kuahnya jadi pekat cantik.

Dalam resipi ini, ada tambahan ‘cooking cream’ yang buat rasa lebih berkrim dan padu berbanding biasa. Bila sekali cuba, memang susah nak berhenti makan. Sampai ada yang tambah dua mangkuk sebab terlalu sedap.

Baca juga: Resipi Bubur Cha Cha Homemade, Manisan Tradisional Warna-Warni Yang Memikat Hati!

BUBUR PULUT HITAM RESEPI MUDAH

bubur pulut hitam resepi

Bahan-bahan:

  • 300 gram pulut hitam (rendam semalaman)
  • 2 liter air
  • 2 hingga 3 ketul gula nisang
  • 2 hingga 3 sudu gula putih
  • 200 ml santan kotak
  • 200 ml cooking cream
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan pulut hitam yang telah direndam bersama air, gula nisang dan daun pandan ke dalam periuk. Rebus sehingga pulut betul-betul masak dan merekah. Jika air semakin kering, tambah sedikit demi sedikit.
  2. Setelah pulut lembut dan kuah mula pekat, masukkan santan dan cooking cream. Kacau perlahan supaya kuah sebati dan tidak pecah santan.
  3. Masak lagi lebih kurang 20 minit dengan api sederhana kecil hingga bubur jadi lebih creamy dan pekat.
  4. Tambahkan sedikit garam dan gula putih mengikut tahap kemanisan yang disukai. Kacau sebati.
  5. Setelah siap dimasak, biarkan bubur rehat dalam periuk selama kira-kira 30 minit sebelum dihidangkan supaya tekstur lebih cantik dan rasa lebih sebati.

Tip tambahan:

  • Rendam pulut hitam semalaman supaya cepat lembut ketika direbus.
  • Cooking cream membantu menghasilkan tekstur lebih creamy dan rasa lebih mewah.
  • Gunakan api kecil selepas masukkan santan untuk elakkan kuah pecah.
  • Jika suka lebih cair, boleh tambah sedikit air panas ketika memasak.

Sumber: Thread @petalflutters

Baca juga: Resipi Bubur Biji Gandum Berjagung, Pencuci Mulut Klasik Yang Penuh Nostalgia

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN