Categories: Resipi

Bubur Jagung Sagu, Elak Langkah Ini Supaya Rasa Aslinya Tak Hilang

Sesudah makan nasi, kita pasti teringin makan pencuci mulut yang ringkas. Jika dapat makan Bubur Jagung Sagu yang sedap, memang nikmat tak terkata.

Jagung menyumbang pelbagai nutrien seperti serat, protein, vitamin B, vitamin C, magnesium, kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium dan zink.

Ramai yang sukakan jagung kerana rasanya yang manis dengan tekstur rangup apabila dikunyah. Ia juga banyak dijual oleh peniaga di pasar tani.

Jagung boleh digunakan untuk pelbagai resipi dan salah satunya ialah Bubur Jagung Sagu.

Jika tiada idea pencuci mulut, anda boleh cuba resipi Bubur Jagung Sagu yang dikongsikan oleh Atikah Arifin di Facebook ini.

Baca juga: Mudahnya Nak Buat Bubur Jagung ‘Creamy’, Guna Jagung Tin Je!

RESIPI BUBUR JAGUNG SAGU

Bahan-Bahan:

  • 2 tongkol jagung manis mentah (dihiris nipis)
  • 5 sudu besar gula pasir (tambah lagi kalau nak lebih manis)
  • 3 sudu besar gula merah
  • 4 sudu besar sagu
  • 1.5 liter air (campur dengan santan pekat)
  • 100 ml santan pekat (boleh guna santan kotak atau segar)
  • Garam secubit

Cara-cara:

1. Basuh sagu sekali dan toskan, tetapi ingat jangan direndam.

2. Kemudian siapkan periuk dan masukkan santan pekat yang telah dicampur dengan air dan jagung yang telah dihiris.

3. Masak atas api sederhana sahaja dan kacau sehingga mendidih.

4. Selepas itu masukkan gula pasir, sagu dan gula merah, kemudian kacau sehingga sagu bertukar menjadi jernih.

5. Akhir sekali, kacau dan biarkan sehingga bubur masak. Siap untuk dihidang!

Cara menyediakan Bubur Jagung Sagu ini cukup ringkas dan mudah. Dapat semangkuk, mesti makan sampai berulang punyalah.

Biasanya jumpa pencuci mulut ini di kenduri saja, selepas ini bolehlah buat sendiri di rumah. Keluarga anda pasti menyukainya.

Selain sebagai hidangan minum petang, anda juga boleh jadikannya sebagai menu pencuci mulut untuk potluck dan jamuan khas.

Selamat mencuba!

Sumber: Atikah Arifin

Baca juga: Cara Buat Bubur Som Som Yang Lembut Elok, Makan Sejuk-Sejuk Lazatnya Tak Terkata!

Aimi

Recent Posts

Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais, Baru Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…

7 hours ago

Peria Goreng Crispy, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Pahit Walau Sedikit Pun

Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…

12 hours ago

Kek Coklat Karamel Kukus, Kombinasi Rasa Manis Dan Lembut

Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…

14 hours ago

Karipap Spera Cara Utara, Inti Kelapa Pedas Yang Menyelerakan!

Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…

14 hours ago

Kek Batik Pandan Lembut Yang Mudah, Resipi Ini Sumpah Tangkap Leleh!

Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…

15 hours ago

Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…

15 hours ago