bubur jagung sagu

Sesudah makan nasi, kita pasti teringin makan pencuci mulut yang ringkas. Jika dapat makan Bubur Jagung Sagu yang sedap, memang nikmat tak terkata.

Jagung menyumbang pelbagai nutrien seperti serat, protein, vitamin B, vitamin C, magnesium, kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium dan zink.

Ramai yang sukakan jagung kerana rasanya yang manis dengan tekstur rangup apabila dikunyah. Ia juga banyak dijual oleh peniaga di pasar tani.

Jagung boleh digunakan untuk pelbagai resipi dan salah satunya ialah Bubur Jagung Sagu.

Jika tiada idea pencuci mulut, anda boleh cuba resipi Bubur Jagung Sagu yang dikongsikan oleh Atikah Arifin di Facebook ini.

Baca juga: Mudahnya Nak Buat Bubur Jagung ‘Creamy’, Guna Jagung Tin Je!

RESIPI BUBUR JAGUNG SAGU

bubur jagung sagu

Bahan-Bahan:

  • 2 tongkol jagung manis mentah (dihiris nipis)
  • 5 sudu besar gula pasir (tambah lagi kalau nak lebih manis)
  • 3 sudu besar gula merah
  • 4 sudu besar sagu
  • 1.5 liter air (campur dengan santan pekat)
  • 100 ml santan pekat (boleh guna santan kotak atau segar)
  • Garam secubit

Cara-cara:

1. Basuh sagu sekali dan toskan, tetapi ingat jangan direndam.

2. Kemudian siapkan periuk dan masukkan santan pekat yang telah dicampur dengan air dan jagung yang telah dihiris.

bubur jagung sagu

3. Masak atas api sederhana sahaja dan kacau sehingga mendidih.

4. Selepas itu masukkan gula pasir, sagu dan gula merah, kemudian kacau sehingga sagu bertukar menjadi jernih.

5. Akhir sekali, kacau dan biarkan sehingga bubur masak. Siap untuk dihidang!

Cara menyediakan Bubur Jagung Sagu ini cukup ringkas dan mudah. Dapat semangkuk, mesti makan sampai berulang punyalah.

Biasanya jumpa pencuci mulut ini di kenduri saja, selepas ini bolehlah buat sendiri di rumah. Keluarga anda pasti menyukainya.

Selain sebagai hidangan minum petang, anda juga boleh jadikannya sebagai menu pencuci mulut untuk potluck dan jamuan khas.

Selamat mencuba!

Sumber: Atikah Arifin

Baca juga: Cara Buat Bubur Som Som Yang Lembut Elok, Makan Sejuk-Sejuk Lazatnya Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN