Sedapnya kalau dapat makan bubur jagung untuk minum petang nanti. Ada cara mudah nak buat bubur jagung dengan hanya menggunakan jagung dalam tin.
Lepasni tak perlu susah-susah nak parut jagung dah. Ibu-ibu bolehlah cuba buat untuk minum petang nanti. Dijamin habis licin satu periuk satu keluarga makan. Sedap dan berselera!
Jom lihat resipi hasil perkongsian oleh Norhafizan Ezan Sulaiman di bawah.
1. Masukkan kedua-dua jagung dalam tin.
2. Tuangkan susu cair. Kemudian letakkan juga daun pandan dan gula perang.
3. Panaskan semua bahan dalam periuk sampai mendidih.
4. Bila dah mendidih, tutup api dan sejukkan.
5. Boleh juga letakkan sagu mengikut citarasa masing-masing.
6. Nak lagi sedap boleh masukkan biskut wheat cracker yang sudah dihancurkan.
Kredit: Norhafizan Ezan Sulaiman
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…