bubur candil keledek ungu

Bubur candil keledek ungu merupakan hidangan tradisional yang memikat selera dengan rasa manis dan tekstur kenyal. Sangat sesuai sebagai pencuci mulut.

Resepi ini memerlukan bahan-bahan yang mudah didapati serta langkah penyediaan yang tidak terlalu rumit.

Tambahan jagung adalah terpulang pada anda, tetapi ia memberikan rasa yang lebih kaya dan tekstur yang berbeza.

Cik Puan Nor Haidah Md Said sudi berkongsikan resipi bubur candil yang sangat cantik warnanya menerusi laman sosial Facebook.

Baca juga: Resepi Cili Jeruk Anti Kulat, Nak Segar Tahan Lama Jangan ‘Skip’ Langkah Ini

RESIPI BUBUR CANDIL KELEDEK UNGU

Bahan-bahan:

  • 1 kilogram keledek ungu (kukus hingga empuk, kopek dan lenyekkan)
  • 7-8 sudu besar tepung ubi
  • Santan dari 1 ½ biji kelapa
  • 2-3 helai daun pandan
  • Gula pasir secukupnya
  • Secubit garam
  • Jagung (pilihan)

Langkah Penyediaan:

1. Campurkan keledek ungu yang telah dilenyek dengan tepung ubi sedikit demi sedikit.

2. Uli adunan hingga menjadi doh yang sekata, pastikan doh tidak pecah bila dibentuk.

3. Bentukkan doh menjadi bulatan kecil mengikut saiz yang diinginkan.

4. Didihkan santan bersama daun pandan, gula pasir secukupnya, dan secubit garam dalam periuk.

5. Setelah mendidih, matikan api buat sementara waktu.

6. Didihkan air dalam periuk lain.

7. Masukkan biji keledek yang telah dibentuk tadi ke dalam air mendidih.

8. Bila candil sudah terapung, itu tandanya ia sudah masak.

bubur candil keledek ungu

9. Kaut candil yang telah masak dan masukkan ke dalam santan yang telah disediakan.

10. Jika ingin, masukkan jagung ke dalam santan untuk tambahan tekstur dan rasa.

11. Didihkan kembali santan bersama candil untuk kali terakhir hingga kuahnya pekat dan sebati.

11. Bubur candil sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Haidah Md Said

Baca juga: Cara Hilangkan Rasa Pahit Daun Betik, Kena Rendam Dengan Bahan Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN