Teringin nak makan spaghetti bolognese tapi tak mahu guna sos segera dalam tin? Apa kata jom buat sendiri je sos spaghetti bolognese.
Yang penting rasa lebih fresh sebab menggunakan tomato segar. Rasanya juga sedap setanding dengan sos dalam tin. Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Zurina Zulkefli di bawah.
Baca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu
1. Lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.
2. Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.
3. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.
4. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.
5. Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.
6. Ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.
7. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.
8. Akhir sekali boleh masukkan spaghetti yang telah direbus. Kacau sebati.
9. Siap, selamat mencuba!
Kredit: Zurina Zulkefli
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…