Categories: Resipi

Buah Melaka Ceria, Rasa Lembut Dan Manisnya Memang Klasik!

Pagi-pagi memang enak jika dapat makan kuih tradisional sewaktu sarapan. Paling mudah dan cepat dibuat adalah Buah Melaka.

Buah Melaka adalah sejenis kuih tradisional yang boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Selain dipanggil Buah Melaka, ia juga dikenali sebagai onde-onde, klepon dan kuih pancit. Ramai suka kerana lembut dan manis dengan intinya gula melaka.

Ia diperbuat daripada bebola diuli dari tepung pulut, garam, air dan daun pandan direbus sebelum disaluti kelapa parut.

Biasanya ia berwarna hijau, kali ini anda cubalah resepi dengan warna lebih ceria yang dikongsikan oleh Fatima Al-Fihri di Facebook ini.

Baca juga: Kuih Onde-Onde Labu Guna 5 Bahan, Kekal Lembut Dan Manis

RESEPI BUAH MELAKA CERIAWARNA

Bahan-bahan:

  • 1 paket tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung beras
    (2 bahan di atas wajib letak supaya tak terkejung dan terlembik)
  • 1 sudu besar air kapur
  • Air secukupnya.
  • Gula melaka (dipotong dadu kecil-kecil)
  • Kelapa parut (putih saja)
  • Garam
  • Pewarna

Cara-cara:

1. Masukkan tepung pulut, tepung beras, air kapur dan air ke dalam bekas.

2. Uli doh hingga tak melekat di tangan, tapi jangan terlalu keras, sedang-sedang saja. Bila gentel gula melaka tak keluar, bila rebus tak pecah.

3. Masukkan pewarna hijau, Jika nak warna-warna ceria boleh asingkan doh ke dalam beberapa bekas dan masukkan pewarna.

4. Masak 1 periuk air.

5. Kelapa putih dan garam gaul hingga sebati dan padatkan di dalam satu loyang kecil.

6. Bila air mengelegak, kecilkan api.

7. Ambil sedikit doh, gentel dan leperkan. Masukkan gula melaka dan tutup. Gentel lagi doh supaya menjadi bentuk bulat. Cara saya, gentel sebiji terus masukkan dalam air menggelegak.

8. Bila masak, buah melaka akan timbul. Angkat dan sejat sekejap.

9. Masukkan ke dalam kelapa muda dan gelek hingga buah melaka bersalut kelapa. Siap!

Jom jadikan Buah Melaka yang ceria ini sebagai sarapan seisi keluarga. Jika anak nampak hidangan seperti ini, pasti mereka tertarik untuk memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatima Al-Fihri

Baca juga: Kuih Onde-Onde Bunga Telang, Nampak ‘Rare’ Sikit Buat Di Rumah

Aimi

Recent Posts

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago