Categories: Resipi

Resipi Brownies Tanpa Mixer, Tekstur ‘Fudgy’ & Berkedut Walaupun Hanya Kacau Guna Tangan!

Jika anda sedang mencari brownies resepi yang ‘confirm’ jadi, sedap, dan mempunyai tekstur yang masak sempurna, resipi perkongsian daripada Lizawati Suradi ini wajib anda cuba.

Ramai yang sangka nak buat brownies premium seperti di kafe memerlukan kos yang tinggi dan peralaan yang canggih. Hakikatnya, anda hanya memerlukan bahan-bahan asas yang mudah didapati sahaja!

Namun, kalau buat sendiri memang lagi jimat dari beli. Jadi, siapa yang nak cuba buat sendiri, jom semak resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Resipi Kek Pisang Walnut Gebu, Ikut Sukatan Ini Supaya Naik Cantik & Tak Bantat

CARA BUAT BROWNIES RESEPI LANGKAH DEMI LANGKAH

Bahan-bahan:

  • 400 gram dark compound
  • 150 gram butter
  • 100 gram gula perang
  • 100 gram gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gram tepung naik sendiri
  • 30 gram serbuk koko

Cara-cara penyediaan:

  1. Gunakan kaedah double boil untuk mencairkan dark compound chocolate bersama mentega. Kacau hingga semuanya sebati dan berkilat. Ketepikan sebentar.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sahaja. Cukup sekadar gula larut dan sebati, tak perlu pukul sampai kembang.
  3. Masukkan adunan gula dan telur tadi ke dalam adunan coklat yang telah dicairkan. Gaul rata.
  4. Ayak tepung naik sendiri dan serbuk koko terus ke dalam adunan. Gunakan teknik kaup balik (secara perlahan) sehingga semua bahan kering sebati dan adunan menjadi pekat serta berkilat.
  5. Alaskan loyang dengan baking paper. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 10×10.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 30 hingga 35 minit.

Tip Penting: Masa membakar mungkin berbeza mengikut jenis oven masing-masing. Pastikan anda kenal oven anda supaya brownies tak terlebih bakar (overbaked).

Sumber: Lizawati Suradi

Baca juga: Resipi Kek Minyak Masak Terlajak Senang, Tanpa Guna Mentega Pun Tetap Naik Gebu

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

12 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

14 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

14 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

14 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

17 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

17 hours ago