
Jika anda sedang mencari brownies resepi yang ‘confirm’ jadi, sedap, dan mempunyai tekstur yang masak sempurna, resipi perkongsian daripada Lizawati Suradi ini wajib anda cuba.
Ramai yang sangka nak buat brownies premium seperti di kafe memerlukan kos yang tinggi dan peralaan yang canggih. Hakikatnya, anda hanya memerlukan bahan-bahan asas yang mudah didapati sahaja!
Namun, kalau buat sendiri memang lagi jimat dari beli. Jadi, siapa yang nak cuba buat sendiri, jom semak resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Resipi Kek Pisang Walnut Gebu, Ikut Sukatan Ini Supaya Naik Cantik & Tak Bantat
CARA BUAT BROWNIES RESEPI LANGKAH DEMI LANGKAH

Bahan-bahan:
- 400 gram dark compound
- 150 gram butter
- 100 gram gula perang
- 100 gram gula kastor
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100 gram tepung naik sendiri
- 30 gram serbuk koko
Cara-cara penyediaan:
- Gunakan kaedah double boil untuk mencairkan dark compound chocolate bersama mentega. Kacau hingga semuanya sebati dan berkilat. Ketepikan sebentar.
- Dalam bekas berasingan, satukan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sahaja. Cukup sekadar gula larut dan sebati, tak perlu pukul sampai kembang.
- Masukkan adunan gula dan telur tadi ke dalam adunan coklat yang telah dicairkan. Gaul rata.
- Ayak tepung naik sendiri dan serbuk koko terus ke dalam adunan. Gunakan teknik kaup balik (secara perlahan) sehingga semua bahan kering sebati dan adunan menjadi pekat serta berkilat.
- Alaskan loyang dengan baking paper. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 10×10.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 30 hingga 35 minit.
Tip Penting: Masa membakar mungkin berbeza mengikut jenis oven masing-masing. Pastikan anda kenal oven anda supaya brownies tak terlebih bakar (overbaked).
Sumber: Lizawati Suradi
Baca juga: Resipi Kek Minyak Masak Terlajak Senang, Tanpa Guna Mentega Pun Tetap Naik Gebu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














