Brownies kunafa pistachio adalah hidangan unik yang menggabungkan kelembutan brownies dengan kerangupan kunafa serta rasa pistachio yang mahal.
Daripada anda beli di luar dengan harga yang mahal, lebih baik sekiranya anda mencuba sendiri resipi viral ini di rumah yang pastinya berbaloi.
Berikut adalah langkah-langkah penyediaan brownies kunafa pistachio untuk loyang bersaiz 8×8 inci.
Baca lagi: Lelaki Ini Kongsi Resepi Puding Kek Batik Versi Jimat, Sumpah Sedap Dan Berbaloi
RESIPI BROWNIES KUNAFA PISTACHIO
Bahan-Bahan dan Penyediaan:
Bahan untuk Kunafa Pistachio:
- 130g doh kunafa
- 50g mentega tulen
- 180g pes pistachio
- 30g minyak
Cara Penyediaan Kunafa Pistachio:
1. Potong kecil-kecil doh kunafa menggunakan pisau, kemudian leraikan supaya mudah digaul.
2. Panaskan mentega sehingga cair, masukkan doh kunafa yang telah dileraikan. Masak sehingga kunafa menjadi garing dan mentega sebati.
3. Campurkan pes pistachio dengan minyak, kacau hingga sebati.
4. Angkat doh kunafa yang telah garing tadi, kemudian masukkan pes pistachio yang telah dicampur minyak. Gaul hingga semua doh bersalut rata.
Bahan untuk Brownies:
- 100g mentega
- 250g coklat gelap (campuran dark dan milk chocolate mengikut citarasa)
- 2 biji telur gred A/B
- 120g gula perang (blend hingga halus)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 100g tepung naik sendiri
- 30g serbuk koko
- Secubit garam halus
Cara Penyediaan Brownies:
1. Cairkan mentega bersama coklat gelap menggunakan kaedah double boil.
2. Campurkan telur, gula perang, dan esen vanila. Kacau hingga sebati (tidak perlu kembang).
3. Masukkan campuran mentega dan coklat cair (ketika masih panas) ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati.
4. Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, dan garam. Masukkan ke dalam adunan coklat dan kacau hingga sebati.
Cara Menggabungkan Brownies dan Kunafa:
1. Masukkan separuh adunan brownies ke dalam loyang yang telah dialas baking paper.
2. Taburkan sedikit adunan kunafa di atas lapisan brownies (kira-kira 50g untuk rasa rangup yang ringan).
3. Tuangkan baki adunan brownies di atas lapisan kunafa tadi dan ratakan.
4. Taburkan baki kunafa di atas lapisan brownies.
5. Bakar pada suhu 150°C selama 45 minit menggunakan api atas dan bawah tanpa kipas.
6. Jika ada lebihan adunan kunafa, taburkan sekali lagi selepas brownies siap dibakar untuk menambahkan tekstur rangup.
7. Drizzle brownies yang telah masak dengan pes pistachio untuk sentuhan akhir yang lebih mewah.
Tips:
- Pastikan lapisan kunafa dalam brownies tidak terlalu tebal untuk mengekalkan keseimbangan antara tekstur rangup dan chewy.
- Simpan brownies dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya.
Sumber: Puan Eha
Baca lagi: Resipi Roti Sardin Mini Rangup, Tak Serap Minyak Bila Goreng!