Categories: Infomasi

Bosan Dengan Nasi Biasa? Jom Cuba Resepi Nasi Tomato Mudah & Sedap, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-01 17:49:18

Asyik makan nasi biasa je, sesekali teringin juga tekak ni nak makan nasi tomato kan? Tapi kalau bukan dekat pasar malam atau rumah kenduri, susah juga nak cari orang jual nasi tomato pada hari-hari biasa.

Apa kata kita cuba buat sendiri nasi tomato di rumah. Jadi jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali di kumpulan Menu Citarasaku.

 

Kredit: Tahrunnisah Jali

 

Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 1/2 cawan air
  • Sedikit halia
  • 1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong dadu
  • Bahan tumis (kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 1 kiub pati ayam
  • Sebatang serai diketuk
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam
  • Hiasan daun pudina dan bawang goreng

 

Cara-cara:

  1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap.
  2. Dalam Kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan tumis.
  3. Tumis sehingga naik bau dan masukkan pes tomato dan serai kemudian kacau sebati.
  4. Kemudian toskan beras dan masukkan dalam rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air dan garam. Tanak seperti tanak nasi
  5. Dah masak baru kacau perlahan supaya nasi tak patah.
  6. Sukatan air bergantung pada beras yg digunakan. Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan.

 

Kredit: Tahrunnisah Jali

 

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • 2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
  • 2 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar sos cili/sos tomato
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
  • Bawang besar dipotong bulat untuk hiasan

 

Cara-cara:

  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak. Tumis biar agak lama dengan api perlahan
  4. Masukkan pes tomato, sos cili/sos tomato
  5. Dah agak-agak kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan dengan garam
  6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.

 

Kredit: Tahrunnisah Jali

 

Resepi Dalca daging, hati, paru lembu dan sayur

  • 300 gram daging lembu dipotong kecil
  • Hati lembu dipotong kecil
  • Paru lembu (dipotong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
  • 2 biji bawang besar sederhana saiz
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu rempah dalca
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit halia
  • Sedikit air asam jawa
  • Bahan penumis

 

Kredit: Tahrunnisah Jali

 

Selamat Mencuba

Kredit: Tahrunnisah Jali

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago