PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-26 15:49:07

Tempoh berpantang adalah tempoh yang sangat penting untuk penjagaan diri ibu-ibu selepas bersalin. Hal ini supaya dapat mengelakkan kesan sampingan selepas bersalin seperti bentan dan sebagainya. Kebiasaannya, ibu bersalin perlu mengambil masa sekitar 40 ke 100 hari  berpantang bagi mendapatkan kembali tenaga badan.

Antara penjagaan yang diutamakan ialah penjagaan makan. Hal ini supaya dapat mempercepat proses pemulihan ibu-ibu selepas bersalin, terutamanya di bahagian rahim. Oleh itu, jom kita lihat menu-menu berpantang yang dikongsikan oleh Nor Sofiah Hussin menerusi laman Facebook.

 

5 MENU BERPANTANG YANG BOLEH DIAMALKAN

1. SIAKAP STIM

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Serai (dihiris)
  • Lada hitam
  • Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh digantikam dengan air asam jawa)
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Letak semua bahan atas ikan. Kemudian kukus ikan sehingga masak.

 

2. IKAN BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Kunyit (ditumbuk) / serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Garam
  • Lada hitam

Cara-cara:

1. Lumurkan semua bahan pada ikan. Kemudian, bakar ikan sehingga masak.

 

3. SUP IKAN

Untuk menu ini, ikan yang sesuai untuk ibu berpantang ialah Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Tenggiri dan Ikan siakap .

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (dikisar)
  • bwang merah (dikisar)
  • halia (dikisar)
  • Sup bunjut ikan
  • Air
  • Lobak & bunga kubis
  • Lada hitam
  • Daun sup

Cara-cara:

1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk

2. Kemudian, masukkan sayur lobak & bunga kobis.

3. Tunggu sehingga sayur hampir lembut, kemudian masukkan ikan.

4. Masukkan garam dan lada hitam. Tunggu sehingga kuah mendidih kemudian tutup api.

*Taburkan daun sup sebelum hidang.

 

4.  AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Kunyit (ditumbuk)
  • Serai (ditumbuk)
  • Lengkuas (ditumbuk)
  • Serbuk kari
  • Lada hitam
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Gaulkan semua bahan bersama ayam. Kemudian biarkan ia diperap seketika.

2. Bakar sehingga ayam masak.

 

5. IKAN SINGGANG

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Bawang putih (dikisar)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Kunyit (dikisar)
  • Serai (dititik)
  • Air
  • Sedikit air asam jawa
  • Lada hitam
  • Garam

 

Cara-cara:

1. Masukkan sume bahan dalam periuk. Bila dah agak mendidih, masukkan ikan dan tungggu sehingga masak.

 

Siap! Nampak simple tapi masih dapat membangkitkan selera makan. Selamat mencuba dan selamat berpantang kepada ibu-ibu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN