Categories: Resipi

Biskut Kelapa Lemak Rangup, Biskut Tahun 90-an Yang Masih Tak Dilupakan!

Yang lahir tahun 90-an pasti kenal biskut kelapa ini. Rasa yang rangup, wangi dan lemak dari kelapa itu sendiri memang tahu-tahu satu bekas dah habis makan.

Orang-orang dulu, mereka suka buat biskut ini setiap kali musim raya. Bila buat sendiri, dah tentu tak kedekut bahan. Memang kita sebagai anak duduk tepi oven, tunggu biskut ini siap dibakar.

Kalau nak tahu, yang membuatkan rasa lemak dan rangup itu jika guna kelapa muda. Kalau guna kelapa lain, kurang jadinya.

Resipi yang mendapat perkongsian sebanyak 2.6K menerusi laman sosial Facebook ini pasti buatkan kita mengimbau zaman waktu kecil.

Jom baca dan cuba!

Baca juga: Resipi Puding Trifle Cute, Ikut Cara Ini Sesuai Untuk Berniaga

RESIPI BISKUT KELAPA LEGEND

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan kelapa parut (disangai hingga kekuningan)
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

Cara-cara:

1. Campurkan mentega dan gula dalam mangkuk besar, kemudian masukkan telur dan kacau hingga sebati.

2. Tambahkan tepung ubi, tepung gandum, dan kelapa parut yang telah disangai. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.

3. Terap doh mengikut bentuk yang diinginkan.

4. Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 20 hingga 25 minit atau sehingga biskut berwarna keemasan.

5. Keluarkan biskut dari oven dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sikit sahaja cara-cara buat biskut kelapa ini, kan? Kurang dari sejam sahaja dan dah siap! 

Kami sarankan supaya buat lebih sedikit kerana biskut legend ini memang barang ‘hot’!

Sumber: Van Havensing

Baca juga: Resipi Keledek Ball Inti Gula Melaka, Luar Rangup Tapi Dalam Lembut!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago