biskut cornflakes

Sesiapa yang mempunyai hobi buat snek enak di rumah patut cuba resipi Biskut Cornflakes yang cukup mudah tanpa perlu membakarnya.

Cornflakes adalah perkataan Bahasa Inggeris yang apabila diterjemah ke Bahasa Melayu dipanggil emping jagung, merupakan salah satu makanan dalam kelompok bijirin.

Bukan saja sebagai sarapan pagi, malah ramai yang makan cornflakes pada waktu petang dan malam sebagai snek ringan sambil menonton movie di rumah.

Baca juga: Biskut Telur Rebus, Guna Resipi Ini Untuk Rasa Yang Cukup Klasik

Resipi Biskut Cornflakes yang dikongsikan oleh Zeeda Hasain di Facebook ini nampak sungguh menyelerakan dengan menggunakan 3 bahan saja. Jom kita cuba!

RESEPI BISKUT CORNFLAKES

biskut cornflakes

Bahan-bahan:

  • White chocolate bar atau coin
  • 1 sudu besar butter
  • Cornflakes (guna yang biasa saja, jangan guna honey sebab takut terlampau manis nanti)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cairkan white chocolate dengan butter, boleh double boil atau masukkan dalam microwave.

2. Campurkan cornflakes yang telah ditumbuk atau dikisar.

3. Ratakan nipis dalam loyang dan biarkan keras seketika di dalam peti sejuk, kemudian bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

biskut cornflakes

Terlalu banyak snek menarik yang menggunakan cornflakes sebagai bahan utama, namun Biskut Cornflakes adalah resipi paling ringkas dan mudah.

Sesetengah orang berpendapat bahawa snek ini boleh dibiarkan saja di luar kerana jika diletakkan dalam peti sejuk, agak susah sedikit untuk dipotong.

Namun, tiada masalah juga jika anda lebih suka makan sejuk-sejuk, cuma hanya perlu biarkan lama sedikit setelah dikeluarkan dari peti sejuk nanti.

Selain itu, anda boleh mengolah resipi ini dengan menggunakan dark chocolate supaya nampak lebih menarik dengan pelbagai variasi.

Biskut Cornflakes sangat laku keras ketika musim perayaan, buat satu bekas pun memang tak cukup sebab mesti habis punya.

Senang cerita, anda boleh jadikan Biskut Cornflakes ini sebagai stok snek yang rangup dan lazat di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Zeeda Hasain

Baca juga: Biskut Tembikai, Cara Buat Yang Menarik Dengan Rasa Lebih Rangup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN