bingka ubi kayu bakar

Bingka Ubi Kayu Bakar merupakan salah satu kuih tradisional yang popular sejak dulu lagi. Kali ini, kami kongsikan resipinya untuk anda dapatkan hasil yang memuaskan.

Ramai yang cuba buat kuih bingka di rumah, tapi hasil tak menjadi. Ada yang keras, terlalu lembik dan rasanya pun tak seimbang. Apabila makan, memang kecewa dibuatnya.

Bagi menyelesaikan masalah itu, anda boleh ikut resipi Bingka Ubi Kayu Bakar yang dikongsikan oleh Raini Adnan di Facebook ini dan hasilnya memang puas hati. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Bingka Susu Guna Sukatan Tin, Bau Wangi Satu Rumah & Confirm Menjadi!

RESIPI BINGKA UBI KAYU BAKAR

bingka ubi kayu bakar

Bahan-bahan:

  • 5 cawan ubi kayu (diparut)
  • 1½ cawan gula (ikut cita rasa)
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2¾ cawan santan
  • Sedikit marjerin (letak di permukaan kuih untuk efek masin)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan semua bahan dalam satu bekas dan kacau rata.

2. Laraskan tahap kemanisan ikut cita rasa masing-masing.

3. Tuang adunan ke dalam loyang 9 inci (nak lebih tebal, guna loyang 8 inci).

4. Ratakan permukaan, kemudian titik-titikkan marjerin di atasnya.

5. Bakar pada suhu 200°C selama 1 jam 20 minit.

  • 1 jam pertama bakar di rak level 3.
  • 20 minit terakhir bakar di rak paling bawah.

Rahsia untuk dapatkan bingka yang lembut dan elok teksturnya ialah santan kena lebih sedikit sampai bertakung. Jika ikut tips ini, hasilnya jadi gebu, berlemak dan manisnya seimbang.

Selain itu, rasanya lain jika guna ubi parut sendiri berbanding ubi kisar kerana teksturnya lebih semula jadi. Sesetengah orang lebih suka kuihnya berserat, bergantung pada citarasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Raini Adnan

Baca juga: Resepi Bingka Ubi Kayu, Begini Caranya Untuk Dapat Kerak Luar Yang Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN