resepi bingka susu

Banyak jenis kuih bingka yang ada daripada tradisi hingga moden, tapi versi klasik seperti resepi Bingka Susu ini tiada tandingannya. Baru saja bakar, baunya semerbak satu rumah.

Bingka Susu sangat mudah dibuat dengan kisar saja bahannya dan bakar. Tak perlu pening kepala nak sukat guna cawan, anda boleh guna tin susu saja sebagai penanda sukatan.

Terima kasih atas perkongsian resepi Bingka Susu yang menarik daripada Siti Aliah Rosli di Facebook ini, ia sangat berguna untuk pemula yang baru belajar buat kuih. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Bingka Durian Mudah & Ringkas Guna Blender, Satu Rumah Bau Harum!

RESEPI BINGKA SUSU

resepi bingka susu

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu pekat manis (jika tak suka manis, kurangkan sedikit)
  • 1½ tin tepung gandum
  • 3 tin air
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar planta
  • Sedikit esen vanilla
  • Garam secubit rasa

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar semua bahan. dan tapiskan.

2. Selepas itu, tapiskan bahan yang sudah dikisar tadi.

3. Kemudian, sapu planta pada loyang yang sesuai.

4. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang.

5. Akhir sekali, bakar pada suhu lebih kurang 180ºC dalam sejam lebih. Siap untuk dinikmati!

Apa yang kami boleh katakan, resepi Bingka Susu ini memang pilihan terbaik untuk anda yang nak buat kuih tapi malas nak bersusah payah. Sekali buat, pasti menjadi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Aliah Rosli

Baca juga: Resepi Bingka Ubi Kayu Bakar, Cara Ini Dapat Hasil Kerak Lebih Garing!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN