bingka pulut

Bingka pulut merupakan salah satu kuih tradisional yang sukar ditemui. Hal ini kerana, sudah tidak ramai peniaga yang menjualnya.

Disebabkan itu, pasti ramai yang rindu dan ingin menikmati kuih ini bukan? Apa kata kita cuba buat sendiri saja di rumah.

Selain itu, anda perlu tahu bahawa bingka pulut boleh menjadi lembik seakan dodol jika salah cara pembuatannya. Oleh itu, perlulah tahu cara yang betul untuk menyediakannya.

Jika ada yang ingin belajar, mari ikuti resipi langkap demi langkah yang dikongsikan oleh Cik Ani di bawah.

Baca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

RESEPI KUIH BINGKA PULUT

Bahan untuk air gula:

  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan gula putih
  • 1 cawan gula merah
  • 1 helai daun pandan jika suka

Bahan-bahan lain:

  • 1 ½ cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu susu pekat manis

Cara-cara:

  1. Satukan air panas, gula putih, gula merah dan daun pandan. Masak atas dapur dan kacau sehingga gula larut dan sebati. Ketepikan seketika.
  2. Dalam mangkuk, satukan tepung pulut, tepung beras, tepung ubi dan garam.
  3. Tuangkan air gula tadi ke dalam mangkuk berisi tepung dan pukul menggunakan whisk sehingga sebati.
  4. Selepas itu, masukkan pula susu pekat manis, telur ayam dan santan pekat. Pukul lagi sehingga sebati.
  5. Sapukan loyang dengan marjerin supaya kuih tidak melekat.
  6. Panaskan loyang di dalam oven sebelum tuangkan adunan.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang sambil ditapis.
  8. Boleh taburkan bijan jika suka.
  9. Bakar selama 1 jam pada suhu 190-200°C menggunakan api atas dan bawah.
  10. Sejukkan sebelum keluarkan kuih dari loyang.
  11. Potong dan sedia untuk menjamu selera. Selama mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Cik Ani

Baca juga: Resepi Kuih Bingka Pandan Tanpa Pewarna, Rasa Pandan Terlebih Asli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN