Categories: Resipi

Resipi Bihun Goreng Kampung Putih, Tak Perlu Setitik Kicap… Cili Tumbuk Jadi Rahsia!

Bihun goreng kampung putih sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi atau makan tengah hari. Hidangan ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dengan warna bihun yang cerah dan rasa yang menyelerakan, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.

Keistimewaan bihun goreng kampung putih terletak pada gabungan bahan tumisan yang memberikan aroma harum serta rasa pedas yang membangkitkan selera. Tambahan ikan bilis dan telur hancur pula melengkapkan hidangan dengan rasa yang lebih enak.

Resipi ini juga boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing dengan menambah protein dan sayur-sayuran pilihan. Jika gemarkan hidangan yang lebih pedas, jumlah cili padi boleh ditambah mengikut kesesuaian. Cara penyediaannya juga sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan hidangan yang lazat di rumah.

Baca juga: Bihun Goreng Kicap Simple, Ikut Resipi Orang Lama Tanpa Lauk Tapi Anak Berebut Makan

RESEPI BIHUN GORENG KAMPUNG PUTIH

Bahan-bahan:

  • Bihun, direndam hingga lembut
  • Telur
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang cili padi hijau dan merah
  • Segenggam ikan bilis
  • Sos tiram
  • Stok ayam
  • Sos ikan
  • Ayam, dipotong kecil
  • Lobak merah
  • Kucai
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng telur secara hancur (scrambled egg). Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi hijau dan merah serta ikan bilis hingga lumat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga sedikit garing dan naik bau.
  4. Masukkan sos tiram, stok ayam dan sos ikan. Gaul hingga sebati.
  5. Tambahkan ayam dan masak hingga empuk.
  6. Masukkan lobak merah dan kucai. Gaul rata sebelum menambahkan bihun yang telah direndam.
  7. Gaul semua bahan hingga sebati dan bihun masak sempurna.
  8. Masukkan telur hancur yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Threads @thecookwife

Baca juga: Bihun Goreng Tomyam Simple, Pedas Kaw & Wangi Sampai Licin Satu Kuali!

Izzati

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

11 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

12 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago